Wednesday, May 26, 2010

Fakta mengenai susu badan lagiks...

Gigih aku cari petua2 @ fakta2 yang boleh memperbanyakkan lagi susu badan ye.. Harap2 readers tak boring ngan N3 aku kebelakangan ni.. Wat lelaki2, korang boleh wat panduan untuk bini @ bakal bini korang.. bagi anak dara plak, mana tau kot2 lepas ni turn korang plak jadi macam aku nih.. so, sama2 le kita share apa yang aku dapat nih..

cari punya cari aku dapat yang ni plak...

Biar bayi menyusu payu dara pertama untuk mendapatkan susu akhir yang mengandungi lemak dan juga mengenyangkan, barulah beri payu dara sebelah lagi.

Fakta nih aku perolehi disini ye.. untuk rujukan para2 doktor..

TIDAK CUKUP SUSU

Salah satu sebab yang kerap diberi kerana berhenti menyusu ialah "tidak cukup" susu. Si ibu membuat tanggapan bahawa bekalan susunya tidak cukup. Sama ada tanggapan ini betul atau tidak, bekalan susu yang kurang boleh dirawat.

Simptom Tanggapan
ibu memberitahu bahawa bayinya kerap menangis, masih tidak puas selepas menyusu, menyusu terlalu singkat/lama, enggan menghisap payu dara yang 'kosong", mengantuk dan tidak berminat untuk menyusu, peningkatan berat badan yang lemah. ·

Ibu juga memberitahu payu daranya tidak berasa tegang, tidak mampu memerah banyak atau tidak ada susu.

Boleh dipercayai jika
- Peningkatan berat badan kurang daripada 500g sebulan

- Air kencing bayi sedikit, warna kuning, berbau dan kurang daripada 6 kali sehari · najis sedikit, keras, kering, bewarna hijau. ·

- Kulit bayi berkedut, wajah pula 'bimbang"

- Bayi keletihan, mengantuk dan menangis lemah.

Punca Faktor Penyusuan ·
- Dakapan yang lemah menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu menjadi kurang.

- Masa penyusuan terlalu singkat, tidak mempunyai susu akhir. ·

- Jarang menyusu, kurang daripada 8 kali dalam tempoh 24 jam ·

- Tidak menyusu di waktu malam

- Tidak ada makanan tambahan

- Guna botol, puting plastik

- Pengambilan alkohol, tembakau, kafein oleh ibu.

Faktor Bayi

- sakit

- tidak cukup bulan, bayi lemah untuk menghisap secara efektif

- pertumbuhan diri (biasanya sekitar 6 minggu, 3 dan 6 bulan apabila selera bertambah)

- tidak normal - bibir sumbing, "tongue-tie"

- otot lemah

Faktor psikologi ·

- kurang keyakinan diri - ibu muda, tidak berpengalaman, pernah mengalami kegagalan untuk menyusu, bimbang bentuk payu dara berubah, tekanan keluarga atau rakan sebaya.

- Tidak suka menyusu bayi, bayi enggan menyusu - tidak mendakap bayi dengan rapat, sejarah hidup pernah mengalami penganiayaai seksual.

- Letih yang teramat sangat

- Sedih Faktor yang jarang berlaku

- ubat perancang, diuretics

- hamil

- pernah menjalani pembedahan payu dara

3 comments:

Lovely Bella said...

nanti bella dah jadi ibu.. akan ku amalkan.. heheh :)

a LoT oF LuV said...

Bila tue?? jangan lambat2 sangat

gO mi NaM said...

hai u..jln2 cari gosip

Google