Saturday, October 2, 2010

Kahwin 2011: Fasha mengaku Jejai istimewa

Tengah google - mengoogle.. sekali terjumpa yang nih... Iskkkk... Meluat + Benci + menyampah aku tengok... korang layan jelah.. malas nak komen lelebih... yang penting perasaan aku kat fasha adalah seperti di atas... sebab ape?? Sebab die 'PERAMPAS!!!!'







Suara U memang nak nanggis pong.. sepanjang masa!!!!



KUALA LUMPUR: “Kami sudah menetapkan tempoh akan berkahwin dalam masa kurang daripada setahun. Kami sendiri tidak mahu berkawan terlalu lama, tapi jika tidak ada jodoh tidak boleh buat apa,” kata pelakon Fasha Sandha mengenai hubungannya dengan kekasihnya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Fasha yang ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri di Restoran Bora Ombak, di sini, semalam berkata buat masa ini dia dan Jejai masih berkawan dan sentiasa menghormati antara satu sama lain. “Saya tidak mahu memikirkan perkara berat buat masa ini. Memang kami menjalinkan perhubungan sebagai seorang kawan. Saya selesa dengan keadaan ini. Dia cukup istimewa buat saya,” katanya yang kini popular dengan drama bersiri Chinta di TV3.

Majlis ringkas dan meriah dihadiri kira-kira 300 tetamu itu turut menyaksikan kemunculan Jejai seawal jam 5 petang berpakaian ringkas kemeja dan berseluar jeans duduk di satu meja khas untuk tetamu.

Mengulas kehadiran Jejai di majlis itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memberitahu, kekasihnya itu hadir kerana menerima jemputan daripadanya. “Sebelum ini Jejai pernah datang beraya di rumah. Begitupun ini kali pertama dia memberi sokongan dan menghadiri majlis seperti ini,” kata Fasha yang memaklumkan Jejai kurang gemar gambarnya dirakam media.

Usaha mendapat kenyataan Jejai mengenai Fasha tidak kesampaian kerana menghormati permintaannya mahu menjaga status sebagai usahawan dan nama baik keluarga. Begitupun, Jejai sempat bergambar di samping Fasha sebelum beredar pulang daripada majlis tersebut.

2 comments:

Lovely Bella said...

pergh bella anti giler ngan fasha sendat tuh.. adeh..

a LoT oF LuV said...

Same le.. berbulu bijik mata!!!

Google