Wednesday, January 27, 2010

Cancel.. Cancel..

Sebenarnya dalam perancangan aku, hujung minggu nak ikut trip gi Langkawi. Tapi terpaksa di 'cancel'kan sebab harga yang diberitahu berbeza dengan harga sebenar.. Harga yang akak aku bagitau RM100 termasuk perjalanan ke sana, feri dan penginapan. Tapi bila akak aku gi bayar, diorang kata RM200 sekepala. RM100 hanya untuk ahli Felcra je.. Bile dip.k balik, baik aku gi sendiri sebab Kg. Mr. M dah dekat sane.. Jimat le sket kos perjalanan tu..

Mungkin ade hikmahnya aku tak dapat nak ke sana, sebab mengikut pandangan orang2 yang berpengalaman.. Perut dah makin bawah.. Maknanya bila-bila masa saja aku boleh bersalin. Ramai yang tegur, mungkin tak sempat nak tunggu bulan 3.. Stand by jelah..

Citer malam tadi plak, masa akak aku balik dari kerja. Die terus bagi 'blanket' untuk baby aku.. Die belikan.. Terharunya.. baby belum kuar lagi tapi dah dapat hadiah.. Rezeki mu 'nak'..

p/s : Dah takde idea nak taip.. masa blum taip tadi, beribu2 idea kuar... hehehehehe..

Monday, January 25, 2010

Dah sampai masa ker??

Semalam aku dah mula rasa sakit-sakit pinggang ngan perut. Hah!!! cuak Mr. M.. Dah le baju baby tak stand by langsung!!.. Takde lagi bukan x stand by je.. beg baby ntah kemana. Isk keje gile betul kami ni.. Aku mula menyalahkan Mr. M.. Iyelah, asyik bertangguh je.. Kalo ajak je, mesti banyak alasan!.

Sudahnya lepas solat Maghrib, Mr. M ajak aku gi.. Sampai je Jusco Tmn Equine.. Sakit tu datang balik!! Makin kuat.. Aku pegang tangan Mr. M, Mr. M ajak aku balik.. Tapi aku gagahkan jugak memandangkan baju baby takde langsung.. Baju kakak2 die ade le.. tapi cian kat die. mesti ada yang baru untuk die.

Hari ni aku gagahkan jugak datang keje, malas nak cuti awal2.. kalo tak bersalin nanti, tak ke rugi cuti aku.. Lagi satu takut diorang anggap aku mengada2 plak.. sakit sket2 pon x datang keje.. Mulut orang, bukan boleh tutup..

Ni pon dah ade orang cakap, mengandung tapi mengada2 tak boleh wat keje2 berat.. Yang ini memang aku terasa!!!.. Sedangkan masa aku mengandung anak no.2 dulu, aku mengangkat laptop ntah zaman bile ntah, berat nak mampus (kalo sandang kat bahu, bahu pon senget!!) ngan Projektor yang besar GEDABAK berat die dekat 5 kilo! gi pasang kat tingkat 10.. Tu semua orang x pandang.. Ade gak yang tau tapi wat2 tak tau.. Masih gak 'cop' aku ni x wat kije!!..

Korang percaya tak, kalo aku cakap.. Aku bersalin 06.08.08 pukul 3.40pg.. pada 05.08.08 aku bawa laptop ngan projektor ni gi tingkat 10.. Ade aku komplain???, tapi bile orang cakap aku x wat keje aku hangin le.. Kalo korang kat tempat aku cam aner?? Lantak le korang!! korang nak kata apa.. yang penting, aku jalankan tugas aku dengan sebaik2nya..

Sekarang aku dah ready, kalo nak bersalin pon barang2 baby dah siap.. Minta2 aku ni senang bersalin macam yang no. 2 dulu.. AMIN..

Friday, January 22, 2010

SEDAPNYA MAKAN KATAK DAN CACING

SARDINE N MILO PUNYA CERITA.....Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual. Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan. Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni...Nauzubillah..Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap...ermmm ..

Ceritanya macam nie:-Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan...nak tahu apa recipenyer...kalau x percaya terpulang lah.....tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya....kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu..itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report...report tu telah di 'zip' oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak 'besar'. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer...'AYAM BRAND'...itulah hakikatnya...

abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua.....

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama....kankawan tahu apa yg dijumpai...agak2 pernah x rasa daging cacing?????...mesti kenkawan selalu minum milo kan.....yes..daging cacing telah di campur dengan serbuk milo.....kalau ada bau hanyir itulah dia...kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie....milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu...kalau ada confirm...ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer...

Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan...???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m'sia... wallahhualam...n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli...that is confirm ada benda 'alah' tu...print lah kecik then laminated simpan dalam purse...memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan...kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram......

saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah...kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek...kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal...kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu..

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang....Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan.....terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak... Saya hanya menyampaikan amanah sahaja...tepuk dada tanya iman....wallahhualam...

Thursday, January 21, 2010

Macam-macam: Korea Selatan lancar kempen 'buat anak'

SEOUL: Pekerja kerajaan Korea Selatan kini diberi arahan luar biasa iaitu 'pulang awal dan buat anak,' menurut laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), semalam.

Pegawai Kementerian Kesihatan, misalnya, akan menutup semua lampu di bangunan itu pada 7 malam setiap Rabu bertujuan menggalakkan kakitangannya menghabiskan masa ‘berkualiti’ dengan pasangan masing-masing.

Langkah itu akan diulangi setiap bulan bertujuan meningkatkan kadar kelahiran negara berkenaan. - Agensi

Betul ker apa yang aku dengar nih?? Kalo x betul tolong betulkan ye..

RM3.70 (Ron95), RM3.90 (Ron97)...???

PUTRAJAYA, Jan 8 - The mechanism for fuel pricing in Malaysia has finally been finalized and controlled under one mechanism, which also takes the high and lower income group people into consideration, according to Finance Trade Minister Tan Sri Anuar Ali."

From May 1, the fuel will be pegged at RM3.90 per litre for RON97, while RON95 will increase to RM3.70 per litre. However, the prices of national-made vehicles will be lowered by at least 40%. For example, a full-spec family sedan Proton Persona 1.6litre engine will cost around RM23k excluding road tax and insurance. Import tax and excise duty will be revised to only 30%, from the current 200%. Imported vehicles such as the new Toyota Camry 2.4litre engine will cost around RM65k", he said.

The mechanics has been said to be undertaken by a team of experts from Australia and Canada who were earlier briefed on the issue of subsidy in this country, whereas after consideration by the transport minister, they have signed the constitution that the system will be made on May 1, the day it goes into effect.

Under the new system, there will be a major effect on the existing consumers who have already purchased a vehicle and to those who are in the midst of repaying the loan of their vehicle to their financial institutions.

Ahmad Tajuddin said the government might also re-introduce a cash return annually to Malaysians who own a 1,500cc and below vehicle. The amount have yet to be decided but he assured that the amount will compensate the price of fuel by at least half to eligible Malaysians based on bumi quota.

Wednesday, January 20, 2010

Berdiam diri

Dah lama aku x adpet blog aku ni.. Sebabnya??? biar lah aku sorang je yang tau.. Malas nak panjang2 citer..

Nak dijadikan citer, minggu lepas kat opis aku ni ade meeting Admin.. Alhamdulillah aku tak sihat masa tue.. Aku rase macam ade hikmahnya aku sakit.. Kalo aku attend meeting tu, aku tak tau le apa yang jadi sekarang.. Sebab banyak benda yang aku pendamkan.. Kalo aku masuk.. aku rase meletup le gunung berapi nih.. Orang yang aku tuju.. Of coz le.... Tuttttt.. Geram aku!!

Wat masa sekarang nih, aku dah tak kisah le kalo die nak gunakan kuasa die.. nak tukarkan aku ke.. hapa ke.. biar le.. Kalo die cuba masukkan pasir kat periuk nasi aku.. satu hari nanti die akan kena gak... Hidup macam roda.. Die nak gunakan 'orang2' tertentu untuk tukarkan aku pon aku dah tak kisah.. Malas nak pening2kan kepala nak memikirkan die..

Sekarang ni, aku cuba mengelakkan diri aku dari bertembung dengan 'die'.. kalo boleh tak nak pandang pon muka 'die'.. takut terkenan plak kat anak aku nanti.. Minta dijauhkan Ya ALLAH.. cukup2 le dengan ape yang die dah wat kat aku.. Cukup2 le citer yang 'die' reka untuk aku.. Sampaikan orang lain dah memandang 'semacam' kat aku.. Jangan le anak aku ni ikutkan perangai 'die'.. selisih malaikat 44.. "Ya ALLAH, Ya Tuhan ku.. Kau tunjukkanlah kebenarannya.. hanya Kau yang mengetahui, Ya ALLAH.. AMIN..."

Dah tak Sabar nak masuk belajar balik, Nak lupakan benda ni.. "anak ku, cepat le kuar ye.. boleh ibu berehat je kat rumah, tanpa mengadap orang yang tak sepatutnya.."

Saturday, January 16, 2010

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU 31 Hingga 35

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE TIGA PULUH SATU (31)
-Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini ialah, beratnya boleh mencecah 1.5 kg.Simpanan lemak dibawah kulitnya menutup salur darah yang sebelum ini jelas kelihatan.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE TIGA PULUH DUA (32)
-Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini ialah beratnya bertambah sehinnga 1.8kg. Antibodi anda kini telah dipindahkan kepadanya dan berupaya melindungi janin daripada ancaman penyakit

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE TIGA PULUH TIGA (33)
-Perkembangan janin dalam kandungan ibu pada masa ini dapat dilihat dari segi perkembangan otaknya yang pesat. Saiz kepalanya membesar sekitar 1cm. Perkembangan janin dapat dilihat apabila seluruh rambut janin telah tumbuh.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE TIGA PULUHEMPAT (34)
-Perkembangan janin dalam kandungan ibu pada masa ini dapat dilihat dari segi kuku jari dan tangannya semakin panjang dan perlu dipotong setelah lahir. Panjang janin kini 33 cm dan beratnya sekitar 2.3 kg.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE TIGA PULUH LIMA (35)
-Janin membuang air kecil 1/8 gelen setiap hari melalui air ketuban. Perkembangan dari segi paru-paru juga semakin sempurna. Lemak terkumpul di tubuh janin membantu mengekalkan suhu badannya apabila lahir nanti.

Friday, January 15, 2010

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN BULAN

(Sumber mufti.perak.gov.my)
Rujukan lain : http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Gerhana



Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.


Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”


Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

i. Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).

ii. Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua),

Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah
atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.

* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة
.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


Matla’ Badrain.
Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.

Lagi kerenah anak aku..

Kerenah Damia ketika si 'Kakak' ke sekolah.. Bawa die gi jalan-jalan pon, macam die boring je.. Biasenya ade teman.. tapi sekarang tinggal sorang.. Untuk menghilangkan keboringan die, Mr. M bawa die gi naik kereta ni kat Giant. Caj yang dikenakan RM 3 untuk 5 minute.. Bile tengok die happy macam ni, teringin nak beli sebuah bagi kat die. Tapi apakan daya, burget untuk bulan ni dah takde.. terpaksa ku pendamkan.. huhuhu..

Mr. M control je dari jauh.. die plak mesti rase die teror handle kereta ni sendiri.. Hikss..



Thursday, January 14, 2010

Cerita Puteri-puteri Ku lagi

Happy tengok proses pembesaran diorang.. Bahagia melayan kerenah diorang.. Walaupun kekadang, hilang sabar dengan perangai diorang.. Tapi alhamdulillah.. aku dapat membesarkan anak-anak aku dengan tangan aku sendiri.. Harap2 Allah akan terus akan memberi aku peluang membesarkan diorang sampai diorang ni menjadi orang yang berguna.. AMIN...

.: Umairah Maisarah




.: Damia Qaisara


Wednesday, January 13, 2010

Hari pertama persekolahan..

Sori le, ni le penyakit 'malas' yang aku dapat sejak 2 menjak ni.. Gambar anak aku masa nak ke sekolah.. Tapi, x dapat nak ambik gambar sebabnya... Aku MALU!!! hehehe.. sori ye nih je yang aku dapat hidangkan kat u'ols..



Tuesday, January 12, 2010

Hari Pendaftaran Politeknik

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar di hari pendaftaran pelajar sesi kemasukan Sesi Dis 2009. Yang bestnya, aku ni di kategori 'special'.. Tak perlu beratur panjang.. Semua barisan aku potong, terus je pergi ke kaunter.. Aku pon diberi layanan yang mesra.. Cume yang tak best nya.. aku malu sendiri, sebab semua yang daftar tu.. semua slim2 belaka.. aku ni plak ngan perut boyot!!.. Wakakakakaka..

Dalam perjalanan ke sana, kaki tangan ku mula berpeluh-peluh. Tanda-tanda aku didalam keadaan 'nervous' (eii.. betul ke aku eja ni?? kalo aku salah spelling@cakap kang, ada yang tukang gelakkan.. Ni le orang kita.. Kalo bab mengutuk kang bagi le kat diorang, tau le diorang nih semua pandai2 berbahasa inggeris.. tapi jangan le terlalu memandang rendah kat orang, kita takkan selalu berada di atas.. Sampai masanya ko akan ke bawah gak..)Lupakan pasal tu.. Malas nak cakap dah.. Wat aku sakit hati je.. Mak aku pesan, "biar kite selalu maafkan orang".. Lagi satu, "Biar orang 'wat' kite, jangan kite 'wat' orang.." Aku pegang pesanan mak aku tu!!..

Berbalik citer aku tadi.. Dalam kereta lagi, aku minta Mr. M temankan aku gi daftar.. Aku cakap aku malu!!.. Sampai kat sane, Punya lah ramai umat!!! Jalan nak masuk pon 'Jem'.. Bab beratur plak, Macam Ular kena palu!! Melengkok-lengkok!!.. Mati le kalo aku nak beratur.. Mr. M x bagi aku beratur, dia soh aku gi je ke kaunter.. Pada memula aku teragak2 gak. Tapi bile dah 5 minit beratur aku tak tahan.. Aku terus je gi ke kaunter..

Sampai kat kaunter, ada lecturer lelaki nih.. Soh pelajar perempuan wat 3 barisan.. aku pon join same2 student tu.. pastu 'Die' terperanjat, "Awak ni student ke??".. aku iyakan aje... "La... ingatkan parents.. Haa.. duduk2.. gi ambik kerusi..".. Isk malu siot!!!! Sume student pandang aku!!! Tapi yang bestnya, sampai tak sampai 15 minit, urusan aku dah settle.. kat kaunter pendaftaran tue..

Pastu aku terus gi ke Jabatan Perdagangan, sebab nak minta tangguh sem. Kat sane pon aku dilayan bagaikan puteri.. Dah settle kat sana, aku dimaklumkan kena datang pukul 2 ptg.. Sebab nak ambik barang..


Sori le.. aku malu nak ambik gambar suasana pendaftaran..
Ni je lah yang aku dapat ambik..
Waktu nak kuar dari poli..


Isk, nak ke mana nih.. jam baru pukul 12 tgh... Aku cakap kat Mr. M.. "Abang, jom kite gi Tesco Xtra le.." Mr. M, on je.. Kat sane sempatlah aku shopping serba sikit barang pantry... aku beli apa yang ada je.. Jajan2 kebanyakkan aku tak dapat beli sebab ade 'E' Koding untuk khinzir.. Twisties pon ade Koding 'E471 @ E472' (antara satu..Tak ingat dah..)



Jam dah menunjukkan pukul 2 lebih.. bergegas le aku gi poli balik.. nak settlekan apa yang patut!! Sampai je kat sane.. dengan cuaca terik nya, ngan ramai orangnya.. ngan bisingnya.. Iskkk.. Tension!! sakit kepala aku!! Tapi semuanya berjalan lancar, aku yang pregnant ni diutamakan..

Kat sane pon ade insiden yang memalukan jugak.. Lecturer pompuan ni panggil member2 die sebelah kaunter, sebab aku ni ade problem sket.. die cakap le aku 'special kes'.. "Pregnant".. Bile kuar je perkataan tue.. Student lelaki yang ade berhampiran, semua diam.. ade dalam 50 orang student kot.. Mata semua tertumpu pada aku!! Malunya.. Rasenya nak masukkan kepala aku dalam baju je!!.. Lepas settle, aku cecepat blah!! tak tahan siot.. mata2 asyik memandang aku..

Alhamdulillah, semua dah settle.. Tak sabar dah jadi student balik.. aku dah tak sabar nak belajar.. huhuhuhu.. lambatnya masa berlalu!!

Wednesday, January 6, 2010

Air dicincang takkan putus..

Semalam balik je dari keje, terus gi ambik akak aku pastu gi ambik Umairah.. Masuk je kereta, aku pon terus tanya umairah..

Aku : "Kakak.. Nugget pagi tadi abis tak??"

Umairah : "Ada lagi 1..."

Aku : "Nape kakak tak habiskan??"

Umairah : "Kakak tinggalkan untuk Damia..."

Aku dengan akak aku terus terdiam.. Tetiba rase sayu plak.. Akak aku kata, die terharu dengar Umairah cakap macam tu..

Mungkin die tak biase lagi berjauhan dengan adik die.. Selalunya mana die pergi mesti adik die ade.. Ni plak, kena berjauhan.. Kalo dok berdua asyik gaduh je.. Tapi kalo berjauhan, bising tanya adik die mana..

Sampai je kat umah di sakatnya aku soh gi ambik adik die kat umah mak aku di Kajang.. Bukan aku tak nak gi ambik.. Aku memang dah tak larat.. Lagipun aku dah soh Mr. M gi ambik.. sambil-sambil balik keje tu..

Dalam pukul 8, Mr. M balik.. Tak sempat nak ambik Damia.. Die balik jemput aku dulu pastu kami pergi sesame ambik damia.. Bila Mr. M masuk je.. Umairah menanggis tanya adik die mane.. Puas gak memujuknye..

Malam tadi plak, Damia seakan merajuk di tinggal keseorangan kat umah mak aku.. Die meragam... Merenggek je.. Sudahnya ku yang tak boleh tidur... huhuhu.. sungguh tak best!!.. Akibatnya bangun pagi tadi aku kena 'Magrain'... huhuhuhu.. punye le seksa.. nak bangun pun kepala berat sebelah..

Hari ini Damia Demam.. terpaksa le aku korbankan cuti aku tu.. baru awal tahun.. dah kena ambik cuti.. Nak wat macam aner.. anak tak sihat.. Tambahan plak aku kena 'magrain' ni..

Masih belum gi klinik sebab, tekak x sedap rasa payau je.. macam nak muntah!!.. kepala yang masih berat!!.. mungkin petang2 sket aku akan gi klinik.. Mungkin lepas ambik Umairah.. Saje je nak bagi die happy..

miss buyung...


















Monday, January 4, 2010

Hari pertama persekolahan

Hari ini aku bercuti sebab nak hantar 'Umairah' ke sekolah.. Alhamdulillah, pagi tadi die agak senang nak bangun. Tak menanggis pun.. Kejut sekali je terus bangun.. Semangat nak ke sekolah!!.. Aku plak, macam2 pesanan aku cakap kat die.. aku risau gak, takut2 die tak boleh nak sesuaikan diri die dengan keadaan sekarang..

Tepat pukul 8 pagi aku dah daftarkan die kat Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Bestari. Aku soh die duduk depan sekali.. Tujuan ku supaya die akan cepat tangkap dan faham apa yang diajar. Kat sane die diajar Iqra', Hafazan, Bahasa Arab, Feqah, tauhid, Dan Akedemik (mate, BM, BI)..

Setelah semua settle, aku dengan Mr. M pon berangkat pulang. Masa salam tue, die ok lagi.. Tapi bile die dengar je Mr. M start enjin kete.. terus "Hujan".. bukan sket2 punye hujan.. tapi satu bangunan dengar!!..

Bila dah jadi Macam tu, Mr. M soh aku gi tengok.. Bile dah tengok tu, bukan le boleh kejap2 punya tengok.. kena dok kat sane sampai reda.. Aku plak, mane boleh tengok anak aku syadu macam nie.. aku pun mesti ikut syahdu.. Pujuk die elok2.. Cakap pelan2... isk.. isk.. Anak.. anak...

Aku baru je sampai umah.. Lepas aku menyeludup balik, aku terus gi bank.. Baru ni je settle urusan aku.. Harap2 sepanjang peninggalan aku, die boleh sesuaikan diri die.. dan dapat belajar dengan baik.. AMIN..
Google