Tuesday, May 3, 2011

Lapor Diri... Cara Berfikiran Positive

Seperti yang sedia maklum, saya mulakan keje hari ini yea.. Sekarang ini sedang menunggu surat penempatan.. dah setengah hari berlalu.. setakat ini xde lagi surat penempatan untuk aku.. huhuhu.. mati kekeringan aku kat sini.. nape lah lambat sangat.. mmg dah comfirm aku dok tempat lama balik.. tapi masih lagi perlukan surat itu.. sebagai hitam putih..


Alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan dengan lancar.. Hopefully.. mcm nih le sampai ke akhirnya.. AMIN..


Lumrah di alam pekerjaan.. mesti ada dugaan.. Harap2 dugaan yang mendatang dapat ditangani dengan baik dan sentiasa berfikiran positif..


Wish me luck....


Bagaimana cara untuk saya berfikiran positif?


Untuk berfikiran positif, memerlukan pemerhatian yang positif terhadap perkara-perkara
yang anda alami di dalam kehidupan harian anda.


Setiap kali anda dilanda berfikiran negatif atau berfikiran tidak rasional, cuba fikirkan
sebaliknya dan bentukannya dengan kata-kata positif.


Apabila anda menyedari berlaku
kesilapan dalam fikiran anda, cuba perbetulkannya.


Beberapa cara termasuk:

• Senaraikan perkara yang anda sukai mengenai diri anda dan dapat melakukan dengan
baik

• Ambil perkara-perkara yang positif mengenai orang yang anda temui (peluangnya,
sedikit sahaja)

• Cari bukti-bukti yang seseorang itu jahat sepenuhnya (peluangnya, tiada langsung)
• Terima apa saja yang positif sebagai kebaikan, bukan sebagai hal yang kecil

• Anggapkan setiap kemajuan kecil sebagai satu langkah ke hadapan

• Terima sesuatu sebagaimana seadanya dan elak membuat andaian buruk

• Yakinkan diri anda dengan kata-kata semangat yang boleh membantu anda

• Kesilapan merupakan peluang untuk belajar

• Beri perhatian ke atas perkara yang anda berupaya melakukannya, berbanding dari
apa yang tidak mampu anda lakukan

2 comments:

BUNGA said...

salam ziarah.
terima kasih untuk tips berfikiran positif tu.. semoga kita terus positif sentiasa .. hehe

anuar said...

salam,

welcome back! sentiasa berpikiran +ve, nak maju, n jgn pedulik kata org!

papepun kena redha dgn ketentuan-Nya

Google