Tuesday, June 30, 2009
Selesai sudah Audit MPC
Kalo kementerian aku ini dapat sijil, lepas nie boleh le bekerja macam biase (duduk kat work station).. lalalalalala..
Final Audit MPC
Dah le sepanjang program 5S nie banyak bebelan yang tidak sepatutnya kuar dari mulut aku nier..
Mana tak nyer, aku nie duk berkampung dalam bilik fail.. orang yang sepatutnyer handle wt don't no je.. GERAM aku!!!
Pastu nak Laksanakan tugasan dengan sempurna.. kalo bleh tak nak wt salah (InsyaAllah).. Cewah!!! macam azam baru plak... Agar aku nie tak dipandang serong oleh seseorang...
Monday, June 29, 2009
Sudah ku temui!!
Niti aku rindu sesangat!!! Bile kite nak jumpe..??? x sabar rasenyer.. Husband die macam alim je.. alamak bestnyer.. Muke pon bleh tahan..
I MISSSSSSSSS U A LOT..... NITI...
P/s : Gambar nie aku cilok dari Facebook die..lalalalala
Edited : aku dah call member aku nie.. rupe2nyer suami die nie, junior aku masa Sek. Men. Teknik Datuk Seri Mohd Zain.. patot le macam pernah nampak..
Mimpi.. adakah mainan syaitan?
"Mak aku sakit kat hospital. Lepas tue aku jaga mak aku, dalam masa yang same Mr. M (dalam mimpi nie, die masih jadi tunang aku..) datang dengan bakal mentua2 aku untuk melawat emak aku. Pastu aku minta permission ngan diorang, aku nak balik salin baju. aku pon balik le, pastu sampai je rumah. Aku pon tukar le baju, tapi baju aku sume dah abis.. x tau mane gi nyer. Pastu aku pkai le baju akak aku warna kelabu (baju kurung). Pastu aku pon naik le bas nak gi hospital.. Tapi bas tue berhentikan aku tepi jalan besar pastu ade satu jalan masuk.. dekat jalan masuk tue ade seekor ular kelabu. aku halau ular tue, pastu aku masuk je jalan tue.. aku ternampak ianya adalah kawasan perkuburan.."
Pastu aku terjaga.. Aku kuar ke ruang tamu tengok jam baru Pukul 2.00pg..
Bile di p.k kan aku jadi gerun... Adakah nie berkaitan dengan "Kematian"?eeeiiii seram nyer aku!! Minta2 le mimpi ni hanyalah mainan syaitan.. Amin..
Aku nak Call ayah le.. Ape kaba die agaknyer..
Saturday, June 27, 2009
Maya Selamat Dinikahkan
AMPANG: Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Meyanaliza Ruslee (Maya), 33, sah bergelar isteri kepada jejaka pujaan, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38.
Pasangan itu melangsungkan pernikahan di Masjid Taman Tun Abdul Razak (TAR) di sini selepas solat Asar, semalam.
Mereka dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah yang juga imam masjid itu, Mohamad Khairi Hussein dengan diwalikan abang sulung Maya, Harris Faizal Ruslee, 38, disaksikan keluarga kedua-dua pihak.
Pada majlis itu, Maya menerima mas kahwin RM80 tetapi pengantin baru itu merahsiakan wang hantaran diterimanya. Selain itu Maya turut menerima tujuh barangan hantaran daripada Reza berbalas sembilan.
Sebelum melangsungkan pernikahan, Maya dan Reza sempat bertunang pada 4 Jun lalu di kediaman keluarga artis itu di Desa Pandan.
Mereka akan mengadakan majlis persandingan pada Oktober ini di kampung Maya di Batu Pahat, Johor dan juga di ibu kota untuk majlis sambut menantu.
Ketika ditemui selepas majlis pernikahan itu, Maya berkata dia lega kerana segala urusan pernikahan berjalan lancar selepas enam tahun menyulam kasih.
“Sepatutnya majlis pernikahan ini diadakan tahun lalu tetapi kerana ibu Reza sakit dan meninggalkan dunia pada Disember lalu, ia terpaksa ditangguhkan. Walaupun arwah tidak sempat melihat majlis pernikahan kami, saya bersyukur dapat berkenal mesra dengannya dan sempat belajar masak makanan kesukaan Reza,” katanya.
“Kini saya lega sudah bergelar isteri kerana kawan karib ramai sudah berkahwin dan mempunyai anak termasuk Ieda Moin dan Nadia Mustapha. Mereka selalu bertanya bila saya hendak naik pelamin. Alhamdulillah, kini saya sudah menjadi isteri orang dan mengharapkan rumah tangga yang dibina ini berkekalan sehingga akhir hayat.
“Memang tiada perkara yang sempurna dalam hidup ini tapi saya harap kami berdua saling melengkapi. Jika saya tak begitu kisah sangat dengan sesuatu perkara itu tapi Reza pula sangat teliti. Moga rumah tangga kami rukun damai dan menerima diri masing-masing seadanya,” katanya yang mengharapkan kehadiran sepasang cahaya mata.
Tambahnya, walaupun Reza mengizinkannya aktif dalam bidang seni, namun sebagai isteri dia perlu tahu menjaga batasan dan Maya akan mengehadkan aktiviti lakonan demi kebahagiaan bersama.
Thursday, June 25, 2009
Setelah di 5s
Anak Dara Aku
Tengok nie.. bergaya sungguh!!
Dataran Alor Gajah
Gambar kg x pulok aku ambik.. tak ingat pon.. nie pon secara x sengaja.. Kat Dataran Alor Gajah nie, aku Cume ambik gambar Keris je, semperna Keris Taming Sari. Kalo x silap keris nie kepunyaan Hang Tuah. Ntah aku pon x pasti..lalala.. (x peka langsung aku ni)..
Dataran nie pun dah banyak berubah, Dulu ade Taman burung kat sini. tapi sekarang dah xde. yang ade sekarang nie, pentas, playground yang x segah dulu dan muzium. Kunjungan aku satu family x best macam dulu.. sebab Playground die kecil & x banyak mainan macam dulu.. anak2 aku dengan anak2 sedara pon macam boring je datang sini.. Tapi ape boleh wat, Kat alor gajah nie.. Dataran tu le yang paling best.. Dah aaa.. x tau nak citer ape lagik.. xde idea..
Inile gambar keris yang war-warkan..
Wednesday, June 24, 2009
De Palma Hotel Ampang, 2nd Day
Dah 2 hari aku tinggalkan opis.. macam aner le cite nyer agak2 nye
Korang layan gambau nie..
Tuesday, June 23, 2009
1st day @ De Palma Hotel, Ampang
,0
Saturday, June 20, 2009
Selamat Hari Bapa
Ayah pernah jatuh dari pokok petai dan kepalanya tetanam dalam bendang semata untuk mencari duit tambahan untuk perbelanjaan persekolahan kami.. Nasib baik ketika itu, kawannya cepat sedar dan memberi pertolongan kepada ayah.. ayah juga pernah jatuh motor ketika jalan perjalanan untuk menjual buah-buahan.. Disengat lebah ketika mengambil sarang lebah untuk memerah madunya.. Ayah perlu berusaha lebih kerana gaji yang tak mencukupi untuk menampung kami adik beradik. Tambahan gaji PRA ketika itu banyak mana sangat..
Macam2 lagik pergorbanan ayah kepada kami.. Ayah juga sorang yang sporting.. permintaan kami adik beradik tak pernah diihampakan.. walau bagaimana cara pon ayah akan penuhi permintaan kami.. Terima kasih Ayah.. aku doakan semoga kau berbahagia dengan kehidupan mu sekarang.. AMIN
Ini plak abah kepada Puteri2 aku.. Abang.. syukur kerana zila mendapat suami & abah kepada anak2 kite, insan seperti abang.. bertanggungjawab..serta penyayang.. Kami berbahagia hidup bersama abang.. abang juga merupakan seorang yang penyabar dalam mendidik pu3-pu3 kite dan menghadapi kerenah zila.. Harap2 ikatan kekeluargaan kite akan berkekalan sehingga akhirat.. Amin
Boring Tahap Gaban
10sion..
Friday, June 19, 2009
Niti Binti Mohd Noor
Hari ini aku nak cari kawan baik masa sekolah rendah dulu, telah lost contact sebab die berpindah ke Tangkak @ muar.. ntah aku pon x pasti...
Niti.. Kalo ko bace blog aku sekarang.. "ko tau x.. aku rindu ngan ko, lama dah aku nk cari ko. tapi x tau nak cari kat mane".. keje ape le die sekarang agak nye.. mesti Officer, sebab die ini boleh dikatakan pelajar yang cemerlang.. masa sekolah menengah die dapat tawaran Sek. Men. Sharifah Rodziah, Teluk Mas, Melaka.. Pastu menlanjutkan Pengajian di UNITEN pahang.. x ingat dah jurusan ape..
Kepada sesiapa yang tau kat mane die.. tolong contact aku ye..
TQ...
Thursday, June 18, 2009
Trojan??
Pc aku kat opis pon dah di 'wash' sekali sebab terlalu lembab.. Thumdrive aku plak hampir2 rosak pon dah diprogram balik.. EEIIII.. Alhamdulillah jimat duit aku x payah le beli...ahaks.. Ini gara2 virus Trojan yang telah menyerang kesemua Laptop,Thumdrive & PC aku.. Ambil maklum ok.. Trojan bukan penyelamat seperti yang diwar-warkan. tapi die nie menghancurkan.. harap berhati2 ok.. bile korang nyer PC@Laptop wat hal, silalah rajin2 'wash'kan die..
Lagi satu.. atas pertolongan pegawai ini juga, die telah meng'install' antivirus baru khas untuk aku.. harap2 antivirus ini akan menjalankan kerja2nya melindungi peralatan ICT dari virus..
Terima kasih kepada encik Muslim yang baik hati kerana menolong aku... Laen kali tolong le lagik... Lalalala..
Wednesday, June 17, 2009
Pulang ke rahmatullah
Mari lah kite sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. Al-Fatihah...
Tuesday, June 16, 2009
Tag Dari Qu33nz
Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?Your views on education
Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.Who is your true self:
You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.Here is the analysis:
- You are a very serious person. You tend to be quiet and well behaved, and you don't have a great deal of self-confidence. You prefer to be alone rather than with friends and that could make you a little less interesting to certain types of guys. You are very attractive in an individual kind of way, and this means it can take people a little while to get to like you.
- You really care about other people's feelings and are quite serious about the issues that affect your life. You are sincere, and your concern for the well-being of others makes many people want to be your friend.
- You strictly follow rules, and you expect other people to be the same as well. People can get tired of you easily, as you can make them feel a little guilty about themselves. You always make decisions on your own, and can be dismissive of other people's advice. You like to be the leader in groups, but can forget to be concerned about the people you are with.
- Your peers think of you as a fun person, but sometimes you can be a little irresponsible. You can be somewhat childish, and can try to ignore the fact that you will one day need to really grow up and be a mature adult! Perhaps you could start reading good books; they might help you look at the world in a different light. You do want to be taken seriously, right?
- Your boyfriend believes that you are a strong and independent person. Your confidence and cheerfulness make you an attractive person to be around, but sometimes you need to pay more attention to what other people, including your boyfriend, are thinking.
1) Emilia
2) Azfaliza
3) Buyen
4) Mrs. Fadir
5) Azieaxie
6) Niknuar
Berita Baik.. ;-)
Bahagia nyer dunia..
Alhamdulillah..
Tetiba rasa nak nyanyi... Lagu nie..
Saban hari
Mengejut mimpi
Dari lena
Riang kenari
Di cemara
Mengusik sukma
Bunga-bunga matahari
Anggun mekar
Di taman sari
Warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda
Kasih bersemi
Hangatnya sinaran
Walau getir ku tempuh dugaan
Menyahut wawasan
Ku pohonkan segunung harapan
Bangkitkan citramu insan
Dalam diam menyambung warisan
Sekilas sinar mentari
Melewati di senja menanti
Bile mak nak Sembuh :`(
Satu lagi perkembangan nyer, kalo nak gi toilet mak dah tak payah guna wheel chair.. mak semakin bertenaga.. Harap2 mak sembuh seperti sediakala.. AMIN..
Monday, June 15, 2009
aku serabut :`(
Friday, June 12, 2009
Sayang ko Nik..
Semangat aku nak turunkan badan aku lagik nih... Minta2 le badan turun macam zaman anak dara dulu... AMIN.. lalalala..
Nie le Nik Yang aku maksudkan
p/s : Nik.. gambau nie aku cilok dari blog ko... Jangan mare ye!!
Chaoik..Chaoik!!
Hari kak dila cuti palk.. nampak muka nie sensorang gi masuk bilik fail tue.. Boring sayyyyy..
Thursday, June 11, 2009
Lima jahanam. Kureng asam btul diorang nie
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Lima lelaki bernafsu syaitan seolah-olah dirasuk apabila sanggup menjadi tanah perkuburan di pinggir ibu kota sebagai ‘hotel lima bintang’ untuk melampiaskan nafsu serakah mereka selepas menculik seorang gadis.
Kumpulan penjenayah terbabit dikesan bukan sekali melakukan kerja jahat itu di atas kubur, malah sudah mengulanginya beberapa kali sebelum ini.
Lebih menghairankan apabila kumpulan terbabit lebih terangsang untuk merogol mangsa mereka di atas kubur biarpun menyedari ia kawasan pengebumian jasad manusia yang sudah meninggal dunia dan dikaitkan dengan roh baik dan jahat.
Malah, kekejaman kumpulan itu terbukti apabila mereka merogol seorang gadis berusia 20-an secara bergilir-gilir selepas mengikat tangan dan kaki mangsa pada batu nisan. Dua daripada perogol itu memegang mangsa yang meronta kesakitan ketika seorang lagi rakan mereka merogol wanita berkenaan.
Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin, seorang wanita yang diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pandan Indah di sini, menjadi mangsa nafsu buas dan aneh kumpulan penjenayah terbabit.
Difahamkan, suspek mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya dia menjerit atau melawan.
Mangsa yang bimbang keselamatannya terancam, terpaksa mendiamkan diri dan patuh kepada arahan kumpulan terbabit.
Bagaimanapun, nasib malang wanita itu berterusan apabila dia dicabul berulang kali oleh empat suspek dalam kenderaan sebelum penjenayah terbabit memberhentikan kenderaan di Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras, di sini.
Sumber berkata, setiba di lokasi berkenaan, mangsa dipaksa mengekori mereka ke kawasan perkuburan sebelum kumpulan terbabit merogol wanita berkenaan berulang kali.
“Setahu saya, mereka mengikat kaki dan tangan mangsa menggunakan tali pada batu nisan sambil dipegang dua lagi penjenayah. Tindakan itu dilakukan bagi memudahkan mereka merogol mangsa yang meronta kesakitan,” katanya.
Sumber itu berkata, wanita terbabit yang diculik kumpulan terbabit diperlakukan bagai hamba seks selama lebih satu jam.
“Selepas ‘misi’ selesai, kumpulan terbabit menghantar mangsa ke kawasan Taman Muda, Ampang, sebelum mengugut akan mencederakannya jika membocorkan kejadian berkenaan kepada sesiapa.
“Malah, kad pengenalan mangsa juga dirampas kumpulan itu sebagai bukti untuk mencarinya semula jika dia melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya.
Difahamkan, mangsa terpaksa berjalan kira-kira satu kilometer untuk pulang ke rumahnya sebelum menceritakan peristiwa hitam itu kepada ahli keluarganya.
Mangsa dibawa keluarganya ke Balai Polis Pandan Indah di sini, untuk membuat laporan kejadian berkenaan.
Difahamkan, mangsa turut meminta perlindungan daripada pihak berkuasa kerana bimbang dicederakan kumpulan penjenayah terbabit.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.
Wednesday, June 10, 2009
Shukery Hashim meninggal dunia.. Takziah..
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah..
KUALA LUMPUR: Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim, 55 meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu untuk menjalani rawatan lanjut selepas pembedahan barah pankreas selama enam jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu.
Lagi cerita mengenai Shukery Hashim..
Shukery Hashim meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim, 55 meninggal dunia kerana barah pankreas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu untuk rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu.
Isterinya, Faridah Md Desa berkata walaupun pembedahan itu tidak mampu membantu penyakitnya, namun doktor menasihatkannya untuk menjalani sesi kemoterapi di HUKM.
Antara filem lakonan beliau ialah Rahsia, Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terbaru Shh...Dia Datang.
Antara anugerah yang dimenangi beliau ialah Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 1995.
Jenazah Shukery dibawa ke rumahnya sebelum dikebumikan di Taman Watan, Ampang.