Thursday, June 11, 2009

Lima jahanam. Kureng asam btul diorang nie

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Lima lelaki bernafsu syaitan seolah-olah dirasuk apabila sanggup menjadi tanah perkuburan di pinggir ibu kota sebagai ‘hotel lima bintang’ untuk melampiaskan nafsu serakah mereka selepas menculik seorang gadis.

Kumpulan penjenayah terbabit dikesan bukan sekali melakukan kerja jahat itu di atas kubur, malah sudah mengulanginya beberapa kali sebelum ini.

Lebih menghairankan apabila kumpulan terbabit lebih terangsang untuk merogol mangsa mereka di atas kubur biarpun menyedari ia kawasan pengebumian jasad manusia yang sudah meninggal dunia dan dikaitkan dengan roh baik dan jahat.

Malah, kekejaman kumpulan itu terbukti apabila mereka merogol seorang gadis berusia 20-an secara bergilir-gilir selepas mengikat tangan dan kaki mangsa pada batu nisan. Dua daripada perogol itu memegang mangsa yang meronta kesakitan ketika seorang lagi rakan mereka merogol wanita berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin, seorang wanita yang diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pandan Indah di sini, menjadi mangsa nafsu buas dan aneh kumpulan penjenayah terbabit.

Mangsa yang hanya kira-kira 10 meter dari rumahnya dihalang oleh sebuah Proton Wira sebelum seorang daripada lima lelaki dalam kenderaan berkenaan menariknya memasuki kereta itu.

Difahamkan, suspek mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya dia menjerit atau melawan.

Mangsa yang bimbang keselamatannya terancam, terpaksa mendiamkan diri dan patuh kepada arahan kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, nasib malang wanita itu berterusan apabila dia dicabul berulang kali oleh empat suspek dalam kenderaan sebelum penjenayah terbabit memberhentikan kenderaan di Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras, di sini.

Sumber berkata, setiba di lokasi berkenaan, mangsa dipaksa mengekori mereka ke kawasan perkuburan sebelum kumpulan terbabit merogol wanita berkenaan berulang kali.

“Setahu saya, mereka mengikat kaki dan tangan mangsa menggunakan tali pada batu nisan sambil dipegang dua lagi penjenayah. Tindakan itu dilakukan bagi memudahkan mereka merogol mangsa yang meronta kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, wanita terbabit yang diculik kumpulan terbabit diperlakukan bagai hamba seks selama lebih satu jam.

“Selepas ‘misi’ selesai, kumpulan terbabit menghantar mangsa ke kawasan Taman Muda, Ampang, sebelum mengugut akan mencederakannya jika membocorkan kejadian berkenaan kepada sesiapa.

“Malah, kad pengenalan mangsa juga dirampas kumpulan itu sebagai bukti untuk mencarinya semula jika dia melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya.

Difahamkan, mangsa terpaksa berjalan kira-kira satu kilometer untuk pulang ke rumahnya sebelum menceritakan peristiwa hitam itu kepada ahli keluarganya.

Mangsa dibawa keluarganya ke Balai Polis Pandan Indah di sini, untuk membuat laporan kejadian berkenaan.

Difahamkan, mangsa turut meminta perlindungan daripada pihak berkuasa kerana bimbang dicederakan kumpulan penjenayah terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

No comments:

Google