Thursday, September 10, 2009

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

TRIMESTER KEDUA (MINNGU KE 14- MINGGU KE 27)
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN PADA TRIMESTER KEDUA

Selepas baca N3 nik semalam, teringin plak nak tengok perkembangan anak dalam kandungan aku ni.. Dah masuk 13-14 minggu.. Kalo 'nik' die baru pregnant 10 minggu.. aku mendahului die sket le.. nak tau macam aner rupe die kat dalam sekarang..

Jadi pagi ni, aku surf le.. dengan x-citednye aku membacanya..





PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEEMPAT BELAS (14)-Perkembangan janin pada masa ini ialah janin mula belajar menghembus dan menarik nafas.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELIMA BELAS (15)-Kulit janin kelihatan lutsinar. Jadi, apa sahaja yang melalui salur darahnya dapat dilihat dengan jelas biarpun kulitnya itu dilindungi rambut halus.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KENAM BELAS (16)-Perkembangan janin dalam kandungan yang dapat dilihat, Kaki janin semakin panjang dan boleh menendang.ketika pemeriksaan antenatal dilakukan, anda boleh mendengar denyutan jantungnya. janin melakukan pergerakan pertama matanya dan turut memberi tindak balas kepada bunyi walaupun telinganya belum terbentuk sepenuhnya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KETUJUH BELAS (17)-Saiz janin pada masa ini sebesar avakado iaitu beratnya 170 g dan lemak mula menyaluti kulit bawahnya. janin boleh menghisap dan menelan . Matanya kini sudah diakhir pemebentukan. Janin sudah berupaya mengerdipkan matanya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KELAPAN BELAS (18)-Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini, berat janin adalah sekitar 225g. Janin mulai pandai membuat bunyi-bunyian. Janin juga akan menutupkan telinganya jika terdengar bunyi membingitkan.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KESEMBILAN BELAS (19)-Kulit janin dilindungi dengan bahan melekit putih yang dikenali verniks daripada air ketuban. Janin mula berlatih menggerakkan tubuhnya seperti berguling dan melentik ke belakang. janin juga suka menggerakkan mata, menendang dan menumbuk.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH (20)-Perkembangan janin dalam kandungan yang kita dapat lihat ialah jika bayi anda perempuan, rahimnya sudah terbentuk. Sistem saraf dan otaknya kini suda matang bagi membolehkan dia menggerakan otaknya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH SATU (21)-Perkembangan janin dalam kandunga yang kita dapat lihat, saiz janin sebesar buah pisang yang besar. Lemak berterusan berkumpul dan tulang-tulang serta otot-ototnya semakin hari semakin kuat. Perkembangan janin dalam kandungan pada masa ini agak perlahan tetapi jantungnya semakin kuat.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH DUA (22)-Perkembangan janin dalam kanndunga pada masa ini kelihatan berkembang dengan sempurna. Tulang dalam bahagian telinga semakin keras, maka pendengarannya semakin jelas.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH TIGA (23)-Tulang telinga janin pada masa ini sudah mengeras dan lanugo di kulitnya semakin menipis dan bewarna kegelapan. Apabila anda melakukan persetubuhan, bayi akan menyedarinya dan kadar denyutan jantungnya akan naik atau turun mendadak. Tetapi hal ini tidak memudaratkan janin.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH EMPAT (24)-Perkembangan janin dalam kandunagn, pada masa ini, ialah janin mulai bertindak balas dengan suara anda.Rangsangan baik untuk perkembangan otaknya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH LIMA (25)-Salur darah dalam paru-paru janin mula berkembang dan lubang hidungnya mula terbuka. Perkembangan dari segi tulang juga dapat dilihat, tulangnya semakin kuat. Struktur telinganya sudah sempurna.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KEDUA PULUH ENAM (26)-paru-paru Janin mula menghasilkan bahan yang dikenali sebagai surtactant yang mebolehkannya bernafas dengan baik, warna mata janin bergantung kepada warna latar belakang etniknya

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE DUA PULUH TUJUH (27)-Janin pada masa ini seberat 907 g dan panjangnya 14 inci, Janin kelihatan seperti bayi yang sudah lengkap anggota badanya tetapi dalam bentuk yang kecil dan kurus. Otak dan paru-parunya brekembang pesat, janin sangat suka menghisap jarinya.

PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINNGU KE DUA PULUH LAPAN (28)-Mata, bulu mata dan keningnya kini terbentuk sempurna.

* Dah bernafas dah anak aku.. Semoga die terus membesar dengan keadaan yang sempurna.. AMIN...

3 comments:

nik said...

mana ko dpt sumber maklumat ni?
nak jugaaaaakkkkk!!!

FiEza_HaMiD said...

anak aku pergi dalam minggu 22..memang betul maklumat nih..moga rohnya dicucuri rahmat..alfatihah

a LoT oF LuV said...

nik:aku google je..

MrS.Fadir:Die tengah berbahagia kat sana..

Google