Sunday, August 30, 2009

Bile Staff Berperasaan Boss

Merujuk kepada tajuk N3 kali ni, mengenai 2 orang pekerja tapi belagak jadi bos.. Eii tolong le, kiteorang yang bayar gaji korang. So, ikut jelah ape yang kiteorang arahkan.. Ni korang plak nak arahkan kiteorang. Geram betul!!! kalo x p.kkan ko tu anak sedara Mr. M, dah lame aku x nak guna korang lagik dah..

Sori teremosi skjap.. Cuba kalian bayangkan, aku arahkan sesuatu. Tapi die plak yang arahkan aku balik. Memang le aku ni lagi muda dari diorang tapi aku yang bayar gaji diorang. So, kenalah ikut arahan aku. Aku tau le ape yang aku buat. Diorang memang le buat endah x endah, sebab kalo aku untung ke rugi ke diorang tetap dapat gaji tapi aku ni mestilah nak tingkatkan pendapatan aku. Tension btul dapat pekerja macam nih. Senang lagi kerja ngan mat indon @ minah indon ni, diorang nih ikut je arah dari aku @ Mr. M. Kira Ok le, bayar gaji pon puas hati.

Eii.. x nak p.k lagi le.. wat sakit hati je.. biar le Mr. M yang handle diorang. Aku plak malas nak ambik tau pasal diorang.. Takut terkenan plak ngan anak dalam kandungan aku nih... "Minta dijauhkan.. Amin"

Wednesday, August 26, 2009

Mood Nak Raye!!

Tajuk x tahan.. Dah le miss pose 2 hari.. iye..ye je nak pose penuh.. tapi nak wat cam aner, keadaan badan yang x sihat.. Semalam aku buka pose dah pukul 4 lebih.. pening kepala.. tekak yang pahit.. terpaksa aku berbuka jugak, sebab nak makan ubat. Aku call Mr. M, die soh berbuka.. die kata "Kalo x tahan, baik buka je.. cian kat anak dalam tue".. tetiba aku rase sayu.. Dalam hati "Ya Allah, pentingkan diri betol aku ni!!".

Kite lupekan pasal tu.. yang penting aku dah berunsur pulih. Dan yang penting, balik ni nak terus gi tapak berniaga.. nak tengok ape yang jadi.. hehehe.. pastu nak rewang2 ngan Mr. M.. sambil pilih lauk untuk berbuka.. Sebenarnya dah aku ni memilih je pandai, tapi nanti bile nak makan tetiba patah selera.. Nak tengok nasik pon xde mood.. Sekarang nih aku lebih suke makan benda2 lain macam roti canai.. mee.. keuh tiaw.. SAMOSA hehehehe.. (promote nampak!!).. roti john.. kebab.. waktu sahur nanti baru makan nasik, itu pon sebab terpaksa!!.. kalo x, takde tenaga nak pose nanti..

Hahhh.. nak cite sket.. tadi handfon aku berbunyi, tapi aku segan sebab Ringtone aku lagu LAGU RAYA-Seloka hari raya, Uji Rashid ngan Hail Amir.. sume dah senyum2.. sambil tengok aku.. SOGAN DEN.. Dah le pose x cukup.. Pastu baru pose ke-5 aku nak wat ringtone lagu raya..

Bersawang

Dah bape hari aku nih x update blog kesayangan aku. Jadual ku yang padat & keadaan badan ku yang tak bape sihat membuatkan aku malas nak menghadap laptop.. Hari ni.. terpaksa le sebab aku dah mula bekerja.. 2 hari aku dapat MC.. (Isnin & Selasa ).. Hari ni baru mula kerja..
Tahap keaktifan aku perlu ku kurangkan disebabkan keadaan aku berbadan dua.. Gara2 bekerja keras, aku mendapat demam.. Mr. M plak dah mula bising, melihatkan keghairahan aku berbisnes..
Pagi nih plak, aku dapat nasihat.. Die yang berkata, "Zila.. sepatutnya bulan pose ni kuatkan azam untuk banyakkan ibadah, tapi berniaga plak.. ade salah teknikal sket.." Aku plak.. diam jelah.. Aku nak cakap plak.. "Akak, kalo banyak amalan pon tapi asyik dok ngumpat orang sana sini.. Sama gak.. lagi teruk kalo buat dosa dengan orang nih.. kena minta maaf. Lagipon akak tau ke saya ni buat amal ke x.." Hehehe.. berani cakap kat sini je, x berani nak berdepan sebab nanti bergaduh plak, lagipon nanti die cakap "X hormat orang tua!!!"...
Bagi aku, biar le ape die nak cakap.. yang penting aku tau ape yang aku buat.. Lagipon aku tak minta pon duit orang.. Lantak le ko nak cakap ape pon...

Sunday, August 23, 2009

1st Day Berpuasa

Semalam hari pertama umat islam berpuasa. Alhamdulillah aku dapat menghabiskan 1 hari berpuasa. Dan Aku happy sangat sebab segala urusan ku berniaga berjalan dengan baik.. Cuaca yang baik.. cume aku je x menang tangan.

Tapi ade satu masalah telah melanda.. membuatkan aku ni pening kepala & sakit jiwa dan raga... pasal tu aku malas nak teruskan update blog ni...

ok lah.. selamat berpuasa..

Saturday, August 22, 2009

Hari pertama berpuasa

Hari ni hari pertama berpuasa bagi umat islam di Malaysia. makna nye hari ni juga hari pertama aku berniaga di pasar Ramadan. Huh.. harap2 segala kepenatan kami dibayar dengan keuntungan (takut gak.. kalo2 ujan ke ape ke..)

Pagi ini aku bangun pukul 4.30pg.. sebab lauk telah dimasak pada malam tadi, pagi nie aku cume panaskan, pastu goreng telur dadar..siap!

Esok plak.. ape menu yanng perlu ku masak?? isk.. baru hari kedua berpose dah blur..x sabar nak gi berniaga nanti.. lalalala..

Thursday, August 20, 2009

Kesunyian

Jam dah menunjukkan pukul 11.06pm, biasanya waktu macam ni aku dah hanyut ntah ke mana.. Selalunya, pukul 9.30 - 10.00 aku dah wat air liuq basi dah. Tapi malam aku hanya tinggal berdua dengan Damia, Pu3 sulung ku dengan Mr. M xde kat umah.. balik Kg, dah malam ni malam jumaat.. isk melepas aku!!!

Mereka dijangkakan sampai pada pukul 1pg. Uisk.. cian My hubby, drive sensorang..tu le pasai apa x kasi aku ikut.. kan dah kena drive sensorang. Mula nye macam ni, memang die dah plan nak balik hari ni, sebab nak ambik stor yang ditempah pada abang ipar aku. Tapi die balik bawa van, senang nak isi barang.. yang aku ni plak sungguh le sengal.. tak plak tanya, ballik ngan sape.. jangkakan aku mesti owner van a.k.a member die ikut sekali.. rupa2 tidak.. ralat betul x ikut die balik..

Aku baru kol die tadi.. die kate ade kat Simpang 4.. maybe nak masuk tol dah.. Tadi plak, staff Mr. M dah kol.. tanya pasal berniaga.. die tanya.. 'bile boleh ambik?'.. Isk.. masalahnya mane diorang ni nak duduk.. sementara x dapat bilik sewa lagi, terpaksa le aku bagi diorang duduk bilik sebelah.. Kena cari cepat ni.. Kalo sesapa yang tau@terpandang iklan "Bilik untuk disewa" tolong inform kat aku ye... ok le ngantuk nih.. bye..
Ada wanita hamil yang mula mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin.Bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehinggalah ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.


Pengalaman yang tidak menyeronokan ini boleh memberi kesan trauma kepada ibu-ibu tadi untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya. Seharusnya pengalaman mengandung dan bersalin merupakan saat-saat yang wajar dinikmati penuh dengan rasa gembira dan selesa tetapi hakikatnya tidak semua wanita bertuah dapat menikmati detik seperti itu.

Menyedari masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif,maka Prof. Dr. Azizan Hj Ismail telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberap tahun.
Akhirnya pada tahun 1981, SALINDAH telah diperkenalkan. SALINDAH merupakan set lengkap Rencana Pemakanan Kesihatan dan Rawatan Ibu Hamil yang paling lengkap dengan tiga bulan mengandung sehingga selepas waktu pantang. Kini SALINDAH sering menjadi pilihan bakal-bakal ibu serta disyorkan oleh doktor dan bidan.Ia banyak memberi kebaikan kepada wanita hamil.


PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN
Apabila hamil beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlaku.Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku.



BULAN PERTAMA
Ketika ini jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk.Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat ( pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm).



BULAN KEDUA
Pada hujung minggu kelapan lengan,kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk.Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).


BULAN KETIGA
Menjelang bulan etiga kebanyakkan wanita mula menampakan tanda-tanda fizikal kehamilan.Mulai bulan ini bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas.Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk.Beratnya kira-kira satu paun (28kg) dan panjangnya 3 inci (8 cm).



BULAN KEEMPAT
Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang 4 bulan bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan.Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 g)



BULAN KELIMA
Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pegerakkannya lebih kuat dan mudah dirasa.Panjang bayi kini kira-kira 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ¼ paun (227g) .



BULAN KEENAM
Perut anda semakin besar manakala pegerakan bayi betambah kuat.Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut.Panjangnya kira-kira 12 inci (30g) dan beratnya kira-kira 1 ½ paun (680g).


BULAN KETUJUH
Mata bayi kadangkala terbuka pada beberapa waktu.Sekiranya ia dilahirkan pada waktu ini dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2 ½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm).


BULAN KELAPAN
Tumbesaran bayi telah lengkap.Pegerakan atau “tendangannya” agak kuat dan dapat dilihat dari luar.Kulitnya tidak berkedut lagi.Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira empat paun (1.8kg) dan panjangnya kira-kira 16 ½ inci (42cm).



BULAN KESEMBILAN
Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya.Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 kg hingga 3.2 kg) panjangnya 20 inci (50cm) atau lebih.



PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 12 HAMIL GUNAKAN B1
KHASIAT :Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi, dan lain-lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul siput urat di kaki, dan menghilangkan letih lesu.


MULAI MINGGU KE 24 HAMIL GUNA KAN B2
KHASIAT :Membekalkan zat untuk tumbesaran tian serta menguatkan tulang dan membina otak tian. Menambah selera makan dan menambah darah. Menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah Osteoporosis.


MULAI MINGGU KE 28 HAMIL GUNAKAN B3 KHASIAT :Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak yang masih dalam kandungan. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.



MULAI 4 MINGGU SEBELUM BERSALIN GUNAKAN B4



KHASIAT :Remedi istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.


MULAI 2 MINGGU SEBELUM BERSALIN GUNAKAN B5

KHASIAT : Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

MULAI 1 MINGGU SEBELUM BERSALINGUNAKAN B6


KHASIAT :Remedi ini menguatkan teranan,menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.


GUNA : SELEPAS BERSALINGUNAKAN L7

KHASIAT :Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman dan penahanan. Boleh digunakan sebagai sapuan pada pusat bayi.


GUNA :MULAI 5 JAM SELEPAS BERSALIN GUNAKAN L8


KHASIAT : Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.


GUNA :MULAI HARI KEDUA SELEPAS BERSALIN GUNAKAN L9

KHASIAT: Remedi istimewa untuk menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan , menghentikan darah nifas, membetulkan urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tersebut.



GUNA :MULAI HARI KEENAM SELEPAS BERSALIN GUNAKAN L10
KHASIAT :Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.


GUNA :MULAI HARI KETUJUH SELEPAS BERSALIN GUNAKAN L11
KHASIAT :Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambah selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur, menghilangkan kebas-kebas, menyegarkan rahim dan alat peranakan.


GUNA:MULAI HARI KE 21 SELEPAS BERSALIN GUNAKAN L12
KHASIAT:Remedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin agar sentiasa sihat, mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan dan menimbulkan kesegaran.

Salindah - Era Edar

Korang pernah dengar tak produk nih??

Formula Salindah ini dikeluarkan oleh Prof. Dr. Azizan Haji Ismail seorang tokoh dan pengamal perubatan homeopati, biokimia dan herbalisma yang ternama di Malaysia.
Professor Dr. Azizan merupakan wakil tunggal Malaysia ke Liga Medicorum Homeopathica Internationalis dan pernah memegang jawatan sebagai Presiden DSAM (Direct Selling Association of Malaysia)


Professor Dr. Azizan mengenang kembali sejarah penghasilan Salindah yang mula dipasarkan pada 1981: "Salindah dirumus hasil melihat isteri sendiri yang amat teruk apabila hamil dan melahirkan anak. Kemudian terfikir mungkin begitu ramai lagi wanita lain menghadapinya. Saya membuat kajian dan penyelidikan tentang masalah-masalah berkaitan kehamilan, semasa melahirkan anak dan lepas bersalin. Akhirnya lahirlah rumusan SALINDAH"

Korang percaya x, aku gunakan produk ni masa pregnantkan Pu3 aku yang ke2.. setelah mendapat nasihat dari orang2 lama yang telah menggunakan produk nih.. hasilnya memang memberangsangkan.. Sakit bersalin antara anak pertama ngan kedua memang berbeza.. masa bersalin anak pertama, aku mengalami sakit yang lama, tapi anak kedua ni sakit bersalin aku sungguh singkat ..1 jam lebih je.. Alhamdulillah, I.Q nye jugak agak pintar berbanding dengan rakan2 seusia die..

So, aku rase kan produk nie bagus untuk dikongsi dengan korang.. Kalo ko nak order ke ape ke..
sila email aku okey.. noorfazillah_daud@yahoo.com.my

kalo korang berada di kawasan MOF.. ext aku 4468..

TESTIMONI PENGGUNA..

Puan Dirayah Dollah
Saya telah menggunakan set lengkap Salindah sejak dari awal kandungan (3 bln), dan saya telah selamat melahirkan anak pertama secara normal dengan berat bayi 4.3kg. Saya dapati anak saya lebih kuat tulangnya dan cepat dari segi pertumbuhan fizikalnya. Dia mula mengangkat kepala sejak usianya 2 hari, mula meniarap seawal 2 bln, mula tumbuh gigi di usia 4 bln dan mula duduk pada usia 6 bln. Malah pakar kanak2 mengatakan ia adalah bonus kerana mendapat anak yg cepat perkembangan fizikalnya.Saya pasti akan menggunakan produk ini lagi sekiranya saya diberi rezeki utk mengandung anak kedua kelak. InsyaAllah.


Puan Yanti Mat Isa
Assalamualaikum,
Saya hanya mula menggunakan Salindah ketika mengandungkan anak yang ketiga. Itupun setelah diperkenalkan oleh kawan-kawan. Setelah menggunakannya, saya dapati memang ada kesannya. Semasa mengandung saya kurang loya berbanding dulu. Badan pun lebih bertenaga. Proses kelahiran juga cepat. Alahamdulillah saya dikurniakan anak yang sihat, berkulit cantik dan comel. Anak saya juga tahan daripada penyakit, misalnya susah nak demam, selsema dan sebagainya .
Memanglah kita yang merancang dan Tuhan yang menentukan, tapi sebagai manusia biasa kita boleh berusaha ke arah kesihatan yang lebih baik. Salindah memang tak menghampakan saya dan saya akan terus menggunakannya jika saya mengandung lagi.. Insyaallah.
Puan Ros Aslina, Sri Serdang
Saya telah menggunakan Salindah semasa mengandung anak pertama saya dan mendapati kesan-kesan baik contohnya anak tidak kena demam kuning dan kulitnya pun cantik. Cara bersalin pula sangat mudah, hanya dengan dua kali "push" sahaja. Semasa mengandung saya terpaksa memandu seorang diri dari Serdang ke Setiawangsa setiap hari bekerja. Pemanduan dua jam (sejam pergi dan sejam balik) setiap hari bekerja tidak terasa letih langsung. Saya memang mengsyorkan produk ini kepada ibu-ibu yang mengandung
.

Puan Salbiah
Saya adalah salah seorang pengguna Salindah ini dan anak saya yang ke tiga baru berusia 3 bulan lebih. Dari pengalaman saya ini, produk ini amat sesuailah dengan saya. Walaupun setelah mengandung 7 bulan, saya baru menggunakan produk ini (baru dapat tahu), saya dapat rasakan perbezaannya semasa mengandungkan anak pertama dan kedua (kini 2 ½ tahun dan 1 ½ tahun). Antara perbezaannya ialah :1 - Kurang merasa letih dan lesu, sentiasa ceria. (semasa mengandung dan selepas bersalin)2 - Tidak kena "cramp"3 - Anak tidak kena sakit kuning4 - Anak tidak meragam, lebih cergas.5 - Senang bersalin. (Berat anak saya ialah 3.85 kg dan bersalin normal - alhamdullilah)Tentang anak putih melepak tu bergantung pada gennya lah, kebetulan saja anak saya keluar putih dan gebu (tembam).

Puan Wan Samihah Wan Ahmad
Makcik husband saya menggunakan product ni dari awal pregnant hinggalah lepas bersalin. Dari apa yang dia beritahu ianya memang OK, sehingga rasa sakit bersalin tu kurang lah berbanding dengan 3 orang anak yang kesebelumnya. Bayangkan, pintu rahim dah terbuka 5 cm pun dia cakap dia OK je...tak rasa apa-apa pun.

Puan Khasiba TaibSaya ada menggunakan product ni sewaktu mengandungkan anak ke tiga. Alhamdulillah...pada saya kesannya seperti :
1 - ia mengurangkan keletihan badan semasa mengandung.
2 - waktu nak bersalin mengambil masa yang cepat.
3 - kulit anak sederhana cerah dan kurang ditumbuhi ruam.

Encik Norsham Yunos
Isteri saya ada menggunakan salindah nie sejak umur kandungan 3 bulan lagi (anak pertama). Nampaknya alhamdullilah isteri saya bersalin pun mudah. Tentang anak putih melepak tu bergantung pada gennya lah, jika emak bapak nya putih maka anaknya pun putihlah, kalau kelabu maka kelabulah......

Reazal
Setakat ini produk ini tidak memberikan sebarang masalah malah membantu ibu-ibu untuk bersalin terutamanya sewaktu tiba masa untuk bersalin dan seawal masa selepas bersalin. Pasti anda akan rasa perbezaannya bila mencuba produk ini. Sebab isteri saya sendiri yang menyatakan perbezaan yang dialaminya.

Puan Noormala Che Noor, Keramat Wangsa, KL
Saya adalah bekas pengguna SALINDAH dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah di atas kejayaan produk ini. Saya telah selamat melahirkan seorang anak perempuan (3.8kg) yang sihat walafiat dan kini berusia 4 bulan. Dari pemerhatian saya, anak saya ini kuat daya tahanan diri dan punya tulang yang kuat. Kali pertama anak saya meniarap sewaktu berusia 1 bulan. Dan kini telah menunjuk tanda-tanda pertumbuhan gigi. Saya menggalakkan bakal-bakal ibu untuk mengguna produk ini. Saya juga insyallah akan mengguna SALINDAH untuk zuriat saya yang seterusnya.

Encik Hamizat Harun
Assalamualaikum wbt.Isteri saya ada menggunakan salindah nie sejak umur kandungan 3 bulan lagi (anak ketiga). Nampaknya alhamdullilah isteri saya bersalin pun mudah. Seperti yang kita tahu segalanya dari Allah, namun jika tidak berusaha mana akan dapat hasilnya. Jadi jika sekiranya isteri saya mengandung lagi, insyaallah pasti saya akan memberi isteri saya "Salindah" ini.
Saranan saya kepada bakal ibubapa atau yang belum pernah mencubanya, agar mencuba akan produk berjenama "SALINDAH". Di sini saya juga ingin memberikan pendapat saya, kenyataan sakit bersalin itu sememangnya sakit. Sebab itulah Allah s.w.t berfirman "Syahid" bagi kaum ibu yang bersalin untuk melahirkan anak itu jika mereka-mereka ini meninggal dunia. Jadi sebagai kaum bapa, kita pun tidak boleh pun mengurangkan kesakitan yang di alami oleh kaum ibu. Tetapi, Insyaallah dengan produk salindah ini sekurang-kurangnya kita berusaha mengurangkan sedikit bebanan kesakitan kaum ibu itu. Insyaallah.


Ape yang dikatakan pada testimoni nih semua berlaku pada aku.. kalo korang nak try contact aku wokey!!

Ramadan datang lagi

Lagi 2 hari umat islam akan menyambut ramadan.. Aku rase macam x sabar rasenya nak menyambutnya. Minta2 le ramadan kali ini aku dapat pose penuh. Lagipon bulan pose nih aku akan sibuk dengan aktiviti tahunan aku.. ber'bisnes...' hehehehe.. bestnya..
Lepas sebulan berpose, kite akan menyambut raya plak.. Tahun ini turn balik kg Mr. M.. best gak balik kg die, yang x bestnye pepagi raye mesti aku nanggis ingat kat mak aku.. huhuhuhu.. raya ke3 baru baru kg aku, tapi plan kami nak gi honeymoon (x tau kali ke bape) pada raya ke5.. boleh dikatakan kami akan ber'holiday' time2 lepas raya macam nih.. Iyelahkan.. dah sebulan kami membanting tulang, nak tido pon cukup!!.. lepas2 tu boleh le berjalan.. (isk..isk.. kuar tajuk nih!!)
eeiii lagi 2 hari aku kena bangun awal.. maybe kol 3.30pg.. nak prepare makanan untuk bersahur.. lepas nih x merasa le nak bangun kol 9 ke kol 10 ke.. huhuhu.. Kalo tahun lepas, aku rase gumbira bile nak pose, dengan harapan berat badan ku akan menyusut.. Tapi tahun nie harapan ku akan hancus!! malahan perut ku nih akan terus membuncit!! Nak wat cam aner, nasib badan..
X sabar nak tunggu hari Sabtu.. nak merasai kepuasan berniaga.. Dan Azam aku pada Ramadan tahun ini, aku Nak Pose Penuh.. Minta2 dimakbulkan.. AMIN

Tuesday, August 18, 2009

Sedey nyer.. Bace lah..

Aku dapat aktikel ni dari emel sorang sahabat aku.. Lepas bace citer nih, tetiba air mata aku jatuh.. Sungguh menginsafkan... Minta dijauhkan dari anak2 & kaum kerabat aku.. Same2 le kite mengambil iktibar dari citer nih..

Renung-renungkanlah dan selamat beramal...
"KISAH PEMBALASAN ISTERI CURANG

Kisah ini saya petik dari suatu laman web... Kisahnya benar² menyentuhhati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

"Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai,pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal.

Jikaberselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung.. Namun bezanya,Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapiwajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dantidak bermaya seperti orang keresahan.

"Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan.
Awak tak ada pun saya boleh jagaanak-anak kita ni!!" jerkah suaminya, Razali sebaik melihat Normah pulangdengan menjinjing sebuah beg besar.
Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya.
Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Razali sebaliknya terus membelasahisterinya itu dengan kata-kata keras.

Sudah lama geram itu menggelodak dihati, lalu inilah masa untuk melepaskannya. Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Razali itu kerana hajatnyapulang bukanlah untuk bertengkar.

Hasratnya Cuma satu, untuk pulang kepangkuan suami dan anak-anak. Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkananak-anak, Razali menahan juga kemarahannya.

Dibiarkan Normah masuk kerumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu. Bagi Razali, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semulaapi yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Razali dan dua anaknya, Iffa, 5, danAina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya. " Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya" demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Razali.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Razali akui sejakakhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Razali. Itulahyang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Razali terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Razali menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta.

Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur. Sejak Normah meninggalkannya, hidup Razali tidak terurus..

Terpaksalah diamembesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinyasebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur , tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan bajudua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila diamendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumahibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah.

Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya. Memang hidupnya sukar, tapi Razali belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya.

Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan. Razali juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wanita itu, diaboleh menguruskan keluarga.

Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Razali ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Razali mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibubapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Razali yang menghasut tapi keranaNormah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Razali..

Tambahan pula Razali mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahubertanya kepada wanita itu.

"Tempat awk di sana !" kata Razali menunjukkan Normah ke arah sebuah bilikkecil.

Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana ,bertompok sini.
"Nak alas, cari sendiri," kata Razali, lalu menyindir "itupun kalau awak ingat kat mana nak cari...." Normah ditinggalkansendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuhbarang-barang. Sementara Razali tidur bersama dua anaknya di bilik lain.

Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri.

Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalamrumahnya sendiri sementara Razali meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Razali tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dandijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua. "Aku dah agak. Patutlah awak balik...nak suruh aku jadi bapak pada budaktu, kan ? Nak jadikan aku pak sanggup?" Razali melepaskan paku buahkeras. "Bukan macam tu bang, saya..." tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Razali memintas " Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit....bila masa aku sentuh badan kamu tu?Hah?"

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasiduntuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapundoctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor,kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukutdi tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendakmengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja..

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Razali menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Razali tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan.

Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan. "Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh...memang patut pun Razali buat macamni. Kamu derhaka pada dia!" kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapatianaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguningnanah busuk dan jelik baunya.

Pada waktu yang sama, Normah mengidap darahtinggi pula. Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibubapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan.

Disebabkanbadannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melaluicara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannyatanpa hujung pangkal.. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yangdatang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas.

" Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap.. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu," katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

"Saya di Sarawak sekarang ni pak cik.. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya teruske sana ," jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah.

Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadaannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot diameraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaanNormah bertambah buruk.

Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis melihat keadaan dirinya..

"Pak cik mana suami dengan anak-anaknya? " saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya..

" Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni.. Kata saya, walau besar mana pun dosa anaksaya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak," kata HajiShafie kesal.

"Dia marah lagi agaknya," saya menyambung.

"Saya tau... kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku," tambah Haji Shafie.

"Kalau macam tu," tambah saya," bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia."

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.


"Yang sudah tu sudahlah Zali, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu," Haji Shafie merayu.

"Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung.. suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letakmuka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jagabini, macam-macam lagi orang hina saya..." tambah Razali melepaskan segala yang terbuku di hati.

Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

" Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau ,tapi dia tengah tenat sekarang ni," Haji Shafie merayu lagi ,

Razali tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Razali supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu..

"Mengampunkan orang lain lebih baikdaripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebabdia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan," katasaya. Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan ...Ternyata Razali sudah berpatah arang berkerat rotan . " Saya tak akan jenguk dan sayatak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! " katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Razali langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka.

Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang dilakukannya selama meninggalkan Razali dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurangdengan tiga lelaki telah dia berzina.

"Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang..maafkanlah saya..."dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

"Abang, Iffa, Aina...marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emaknak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai..." ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri.

Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau sepertimenutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil. Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanitaitu bertambah parah.

Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkandiri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Razali. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri..

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.
"Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah danampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia," kata hajiShafie..

Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat airmata .

" Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Razali," kata saya. Puas kami memujuknya ..

Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan diberi, akhirnya Razali bersetuju.

Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

"Sudahlah Zali, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikandengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya, " kata saya semasa Razali hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Razali datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

"Sa..sa..ya der...haa..ka pada abaaaang.." katanya antara dengardengan tidak.. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepatmembantu.

"Yalah..."jawab Razali perlahan lantas menyambut tangan Normah..Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat sucial-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Razali semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan;

" Zali, sekarang ni awak saja yangboleh selamatkan Normah.. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalautidak biarlah dia pergi dengan aman ".

" Terima kasih ustaz," balas Razali.

Seminggu kemudian Razali datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawaNormah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yangmenginsafkan mengenai pemergian Normah.

"Ustaz," Razali memulakan ceritanya, "Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak."

"Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah.. Saya lakukannya dengan ikhlas sebabtidak sampai hati tengok hati dia menderita."

"Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarikdalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapilepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?"

"Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya sayapun tak tau Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapibila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad."

"Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi."

"Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau oranglain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin,dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka'."

Cukup menginsafkan, kan ? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. Wallahualam
Aku dengar berita ni ketika aku dikampung Mr.M.. Tak sabar rasenya nak balik ke sini nak comment perkahwinan diorang nih.. Nampaknya Waheeda nih dah ikut jejak langkah Ct nurhaliza.. Kawin ngan laki orang... Cube bayangkan kalo kite duk tempat x-bini Akhil, macam aner le perasaan kite ye..




Penceramah bebas dan hos terkenal, Akhil Hayy bernikah dengan Nor Wahidah Abdul Wahab atau Waheeda, 30, pagi ini di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, Selangor.
Dua anaknya, Siti Numaisarah, 12 dan Muhd. Sharif Hidayatullah, 11, turut hadir pada majlis itu.
Mereka berdua memberitahu; “Kami gembira ayah berkahwin dengan auntie Wawa.”

Kedua-dua pasangan berkenaan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Hulu Selangor , Ustaz Zulkhairi Zaid.

Hantaran senaskah al-Quran dan mas kahwin sebanyak RM80.
Mulut Cabul : Untie Wawa.. dah xde orang bujang lagi ke??

Macam2 aku nak update

Sebenarnya banyak benda aku nak citer kat sini. Tapi x tau nak mule dari mana. Tambahan plak aku xde mood nak taip pepanjang.. memandangkan tekak ku yang pahit.. kepala ku yang pusing.. simpton2 ibu mengandung mula dirasi..

tengok le tengahari nanti.. kalo2 rajin.. akan ku citerkan aktiviti ku sabtu & ahad lepas

Friday, August 14, 2009

Aku syahdu

Malam tadi, sebaik je aku tengok buletin Utama pasal Ustaz Asri.. bile aku tengok je, diorang angkat ustaz asri.. tetiba air mata aku mengalir.. sebak rase dada aku nih.. Ia le kan, orang bebaik nih cepat je pergi..

Raya tahun ini tak dapat le dengar takbir raya yang didendangkan oleh die.. Lagi le aku syahdu!!.. Dah le suara die merdu.. sedey nyer..,

Jenazah Ustaz Asri Rabbani selamat dikebumikan

Jenazah Ustaz Asri akan dikebumikan selepas Maghrib hari ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam. -foto The Star oleh AZMAN GHANI
SHAH ALAM: Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.


Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Asri.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.



Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.



Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.


Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.


Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Thursday, August 13, 2009

Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia

Allahyarham Asri, berdiri: tengah

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


Takziah kepada keluarga beliau..
same2 le kite sedekahkan AL-Fatihah...

Besok birthday Umairah & Kak chik

Kejap je masa berlalu. Esok genap le umo Umairah 3 tahun. Pejam celik pejam celik, besau dah anak aku.. skrg on the way anak ke3.. hehehe.. Produktif btul aku ni.
Rasenya baru semalam aku mabuk2 ketika mengandungkan die.. pastu masuk wad sebab demam denggi masa ngandung 8 bulan.. Banyak gak dugaan masa aku mengandungkan die.
Tapi Alhamdulillah, selamat gak aku kuarkan die.. Semoga die jadi Insan yang berguna.. AMIN..
Esok gak besday akak aku (kak Chik).. Semoga diberkatkan umo dan dimurahkan rezeki.. Dan esok gak ulang tahun pertunangan aku ngan Mr. M.. Sebulan je aku bertunang ngan die..
Banyak btul kenangan 14 Ogos nih...

Avon - Kempen 16

Gambar2 ini untuk kempen bermula 16-31 Ogos.. Bahagian 'Intimates' akan ku uploadkan kemudian.. Kalo ade sesape yang order, boleh contact aku ext. 4468 (utk MOF).. kalo sekitar Putrajaya boleh email aku.. noorfazillah_daud@yahoo.com.my ..


Harga sebenarnya Far Away ni RM 59.90.. Tapi ade promosi harga die RM38.00
dengan pembelian barangan ms 6-69 & 112


M/s 6&7..

M/S 8&9 (percuma beg kecil tepi tu)

M/S 10&11

M/S 12&13
M/S 14&15
M/S 16&17
M/S 18&19
M/S 20&21
M/S22&23

M/S 24&25
M/S 28&29M/S 30&31
Surreal - free skin softener & deodorant
Jet Femme - free beg


Percuma beg make up dengan pembelian barangan solution


Solutions-kalo beli 1 RM 15.90
Kalo beli 2 RM28.00

Lipstick mana-mana 2 untuk RM10.90
mana-mana 2 untuk RM30.00
Promosi Set 35.90
















Kalo ade yang minat, contact aku okey..

Google