Wednesday, July 29, 2009

Mc hammer


Hari ini aku MC, disebabkan pagi tadi aku mengalami fening kpala.. rase berpusing2 macam gasing.. Pastu aku bawak baring sebab takut jatuh plak nanti.. Pastu Mr.M bawa aku gi jumpe doktor gi cek tekanan darah aku (takut ada darah tinggi).. Tapi Alhamdulillah, tekanan darah aku normal.. mungkin kesan dari perubahan hormon aku.. hiks...

Disebabkan keadaan aku yang x sihat, mak aku telah membawa Umairah gi ke MPKj.. Atas urusan membayar Cukai pintu.. Aku x dapat hantar disebabkan keadaan yang kureng sihat.. Aku yang risau kan keadaan Umairah, telah menelefon mak aku setengah jam sekali.. tanyakan keadaan umairah.. Mak aku nih plak, tak pernah terlepas bawa umairah jenjalan.. (Sebelum nie, mesti aku larang..) Maka, apa saja kemahuan umairah dituruti.. Tengah hari tadi aku kol, mak kate ade kat KFC sebab umairah nak makan KFC.. lagik setengah jam aku kol lagik.. ader kat Mc' D plak, makan eskrem plak.. Mesti die happy jalan ngan mak aku, sume yang diminta sume mak aku tunaikan..

Bile le si budak Becok nih nak balik.. Ibu mu nie sedang kebosanan kesorangan.. Lepas nih, kalo mak aku ke mana2.. comfirm die nak ikut lagi nih.. Apa le.. alasan yang akan aku bagi nanti..

Tuesday, July 28, 2009

Hari Ini & Semalam

Salam sume, hari ini xde yang menarik.. Cume ade sket aktiviti yang aku lakukan..

Pagi tadi ade taklimat untuk "Penjumudan pembantu tadbir rendah ke Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)".. Taklimat yang agak menarik kerana membuatkan aku lebih memahami pekeliling yang telah ku printkan pada awal bulan nie.. Kami diberikan dua pilihan, sama ada mahu terima dengan penjumudan tersebut atau tidak.. jawapan die "Of coz aku terima (setelah ditimbang2)". Of Course le, gaji aku akan naik.. Yabeda bedu!!!

Pastu, lepas lunch tadi aku call ex-classmate aku masa sekolah rendah.. Aku doakan 'die' dapat apa yang 'diharapkan'.. (macam aku ye hafiezah..) AMIN!!!!.. Best gak borak ngan die, maklum le kiteorang dah lame lost contact.. tak sangka jumpa kat MOF nie.. Keje dalam satu bangunan tapi baru2 nie je baru jumpa, selama nie tak jumpe2 pong.. belum ade rezeki nak berjumpe kot..

Semalam plak, aku minta ngan Mr. M.. 'Teringin nak makan cempedak'.. ohohoho.. on the spot die gi beli.. best nyer.. manje le plak aku nih.. ahaks.. (menyampah!!).. dan malam tadi,(11.35pm) sebelum die sampai rumah, die kol aku soh bancuh tepung.. Mak aiii.. aku yang tengah wat tahi mata, terpaksa le bangun.. wat gak cempedak goreng.. Orang memalam tido, aku plak memasak memalam buta.. Mesti diorang tertanya2 'sape le masak cempedak nih'.. hiks..

Haaaaa... lupe nak citer, khamis ini aku cuti sebab nak gi shopping kat Jusco Equine sebab ade J Card Member Day.. Dan aku kena bersedia untuk berebut2 untuk mendapatkan barang murah dan terhad.. Dan bersedia kat depan pintu (sebelum jusco bukak) sambil tolak Troli.. Bile pintu dibukak je, kena lari2 & berebut (macam Pertandingan je).. Insya Allah, kalo x terlupa.. aku akan uploadkan barang2 yang aku shopping..

Xde lagik dah benda yang nak diciter.. nanti le kalo ade citer menarik, aku key in lagik.. bye...

Kaabah takkan bergerak

Aku dapat email ini dari Erwan Nor Abdul Hamid.. Terima kasih Erwan, email ko berguna pada aku.. Semoga kite sume dapat menunaikan rukun islam yang ke-5 dengan sempurna.. Amin.. Korang ambik le ikhtibar dari citer yang akan korang baca ini... Wallahua'lam...bissawab

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan
yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.


Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.


Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....


How nice kan ... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....

Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..

sila2kanlah menjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt...Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?

Wallahua'lam...bissawab

Monday, July 27, 2009

Taq From Queenz

1. Where you and I met?
#Kat ofis... Of coz MKD..

2. How long have you known me?
# Sejak masuk MKD nie.. Lebih kurang 2 tahun lebih..

3. The last time we saw each other?
# Baru jumpe, 5 minit lepas..

4. Your first impression of me upon meeting/seeing me?
# Macam garang je, serious.. uhuks.. tapi bile kenal lame, tak macam di sangkakan plak.. sporting..

5. Am I funny?
# Boleh tahan gak.. suke kena kan orang..

6. What's my favorite music?
# la x tau le pulak.. lupe nak tanye.. (sungguh x prihatin!!)

7. Would you call me preppy, average, sporty, punk, hippie, glam, nerdy, snobby, or something else?
# ...... (bleh x? soklan nie x nak jawab.. tak tau nak isi ape..)

8. Have you ever hugged me?
# tak pernah.. Nanti le dekat2 nak raya masa bermaaf2an (masa tue jangan lupe bagi Angpau wokey!!)

9. If there was one good nickname for me, what would it be?
# plz refer soklan ni.7..

10. If you and I were stranded on an island, what would I bring?
# Ayam ngan daging yang diperap.. boleh wat BBQ.. nyum..nyum..

11. Where do you think I will be in 25 years?
# TMKD kot.. Kalo betul... Sila belanja.. hehehehe..

12: Will you re-post this so I can fill this out for you?
# Kalo rase free, ape salahnye..



wanna tag:

1. Hafizah hamid
2. Kak dilla
3. Emilia
4. Anggerik Sofea
5. Buyen
6. Kak Noor

Sunday, July 26, 2009

Ketentuan

Seksi Gile!!

Mesti ramai yang tengok Cerekarama TV3 malam tadi. Sebuah drama yang menginsafkan, dan memberi kesedaran kepada aku.. Bahawasanya, hidup di dunia ini hanya sementara.. Oleh tue, jangan diri aku ini Takbur@sombong@belagak jika berada di tempat tinggi@senang.

Kemiskinan ahli keluarganya tidak dipeduli dan x pernah nak menolong, malah dihina lagik.. Yang peliknya, suami die boleh je diam dengan ape yang isteri die lakukan(kalo Mr.M.. dah lame die hambat aku dengan rotan..) Pendek kata bagi die, family die hanyalah bebanan.. sudahnya, bile die dah terlantar.. Family die gak yang menjaga, Anak die langsung x boleh diharap.. Ending die plak, die sempat bertaubat sebelum meninggal.. Sampai part tue, tetiba air mata aku jatuh.. menyentuh hati betul!! Ditambah plak dengan alunan Nasyid yang mengasyikkan..

Lakonan Jasmin yang berkesan, dengan mimik muka yang sombong & serius.. Kebelakangan ini, Jasmin selalu melakon watak jahat, So far apa2 watak yang dimainkan mesti hidup.. Iyelahkan, bape lame gak die berada dipersada seni..

Sedang aku leka menghayati lakonan@drama tersebut, aku dikejutkan dengan bunyi mesej dari Hengpong haku!! Tergerak hati aku nak tengok sebaik je bunyi mesej tuh.. Mesej datang dari kakak aku dari kampung mengatakan ayahanda aku mengadu x bape sihat, dan die yang x sedap hati telah pergi menziarah ayah aku..

Yang merisaukan aku sekarang, hasil dari pemerhatian kedua2 kakak aku.. "Ayah aku Semakin Uzur".. Bile dengar ape yang diberitau, aku jadi x senang hati... kalo bleh sekarang gak nak balik, nak jumpe dengan ayahanda aku.. Aku dah beritahu pada Mr.M tentang perkara tersebut, tiada bantahan darinya, makna aku akan cube balik dalam masa terdekat nie.

Yasmin Ahmad meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. - Bernama

Friday, July 24, 2009

MKD - Makan Kuat Department


Bahagian aku nie dikenali sebagai Makan Kuat Department (kalo ade Bos2 haku SUB ke, TMKD ke hape ke.. Bace artikel ni, jgn Mare ye!!! tiada Kaitan antara yang hidup@pon mati).. Sebabnya boleh dikatakan setiap bulan mesti ade makan free.. mesti ada jamuan.. Hehehe.. OK gak, boleh menjimatkan belanja aku!!..

Menu makan free hari nie, Nasi Lemak Ayam Goreng..(Bertambah le lemak aku nih!!).. Nak wat cam aner orang nak belanja.. Makanan hari Di'sponsor' oleh Cik Hartini,KPSU kat sektor Ekonomi.. X tau le sebab ape.. aku makan je.. Tapi kat sini selalu ade Kenduri Tahlil, Kesyukuran & selamat.. Aku plak, selalu 'selamat' poket aku, jimat duit... Ohh ye.. Dengar2nya tengah hari pon ade orang nak belanja Nasi Beriani Gam.. Tapi x tau le jadi ke tak.. Jimat lagik untuk makan Tengah Hari..

Ape2 pong.. Terima kasih banyak kepada Cik Tini.. Nanti belanja le lagik.. hiks..

Thursday, July 23, 2009

Inikah selera aku??

Kuih Rengas, Cucur & Karipap

Dolu2.. aku x suka makan kuih manis2 diawal pagi2 macam nih.. Kalo beli 3 keping sume pedas2.. Aku suka makan kuih yang pedas2.. Tengok le karipap je pedas yang lain sume manis.. Tapi tak tau nape hari ni aku beli kuih manis.. Isk... Pelik gak.. Pembawakan budak kot.. Hiks..hiks..hiks.. Iye ke 'pembawakan budak'.. kalo iye pon ok gak.. rezeki dari Allah..

Wednesday, July 22, 2009

Gaji bln ni x cukup!!!!

Semalam aku dapat Slip gaji... Agak kelam kabut gak aku tengok, kot2 tanggung kerja tempat kak mona tue dah masuk ke belum.. Eiii... geram nyer maner Elaun Tanggung kerja nih, Cakap nak masukkan dalam gaji bulan nie tapi Hampehhh!! (baru ingat nak shopping2 J Card Day, melepas haku!!!!) Tadi CC aku call Admin, tanya pasal Elaun tue.. tapi die kater Gaji bulan depan plak.. Geramnyer!!! soba jelah

Tunggakkan gaji pon x dapat lagik.. korang bayangkanlah. Sepatutnya aku berhak dapat kenaikan gaji pada bulan 10 tahun 2008.. tapi sekarang dah bulan bape tapi x naik2 lagik.. tunggakkan pon x dpt.. Aku dah kol PSM sendirik tanye, diorang kate dalam proses.. mungkin dapat dalam bulan 10. korang bayangkan 12 bulan gaji aku tertunggak.. kalo dapat bulan 10, ok gak sebab baru lepas raya.

Tapi bulan nie duit paras hidung je.. X pelah, seb baik ade Talian hayat!!!

**Abang, tolong bagi duit poket lebih sket ye bulan nih. lalalalala

Takziah

Semalam aku dikejutkan dengan pemergian adik kepada Penolong Akauntan (Liza) di bahagian aku. Aku dimaklumkan bahawa arwah baru melangsungkan perkahwinan pada 14.6.2009 maknenya baru sebulan lebih mendirikan rumah tangga. Arwah pergi akibat dari kemalangan jalan raya, tapi aku x diberitau secara detail.. Lagipon kakaknya masih bersedih dan tidak mampu untuk menceritakan kejadian lebih lanjut..

Isnin lepas plak, aku dikejutkan juga dengan pemergian Isteri X-Timbalan setiausaha bahagian (Dr. Mohd Isa). Difahamkan arwah menghidap cancer payudara tahap 3. Dan kuman cancer tue dah merebak ke otak.. (na'uzubillahminzalik, minta dijauhkan dari diri ku, adik beradikku & keturunan aku..)

Tapi tu le, Allah Maha Kaya.. Setiap kematian diberikan penyebab.. Tapi seperti yang telah dijanjikan setakat mana umur kite. Bile Ajal dah tiba tidak akan terlewat @ tercepat walaupun sesaat.. Bukan niat ku nak menunjukkan diri ku seorang yang baik@sempurna.. Tapi menjadi tanggungjawab kite untuk mengingatkan satu sama lain (umat Islam) tentang kematian.. Dan mengambil ikhtibar dari ape yang berlaku.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk Kedua-dua Arwah.. Moga-moga Roh mereka berada di kalangan orang beriman.. Amin..

AL-FATIHAH....

Tuesday, July 21, 2009

Tergamak sebar gambar adegan bersama isteri

Aku tak tau betapa Bo*** nyer jantan nier.. Mungkin ade masalah Mental kot!!!


KUANTAN: Mahkamah Majistret, di sini, semalam, menempelak perbuatan seorang pembekal alat ganti yang disifatkan keji kerana tergamak menyebar gambar bogel isterinya termasuk adegan seks mereka kepada orang ramai.

Majistret Iriane Isabelo juga menyatakan beliau terkejut kerana kesalahan itu dilakukan seseorang yang beragama Islam dan berkahwin serta sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap isteri sendiri.

Malah, Iriane turut menyatakan tertuduh, Abdul Aziz Basri, 57, wajar dikenakan hukuman berat terhadap kesalahan dilakukannya.

Namun, selepas membuat pertimbangan, beliau menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000, selain tambahan penjara dua bulan lagi jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut fakta kes, isteri tertuduh berusia 41 tahun dan bekerja sebagai kerani berasa maruahnya tercalar berikutan gambar bogelnya disebarkan suami termasuk adegan seks mereka di pejabat Courts Mammoth, Jalan Abdul Aziz, di sini, membuat laporan polis.

Hasil laporan dibuat pada 13 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, suaminya ditahan dua hari kemudian kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah di Peramu, di sini, sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Siasatan mendapati, Abdul Aziz menyebarkan enam keping kertas A4 mengandungi salinan gambar lucah adegan seks bersama isteri di premis berkenaan, 28 Jun hingga 7 Julai lalu antara jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.


Monday, July 20, 2009

Over budget .................... Janji depan mau power !!!!!!!!!!!

Mak oii... depan rumah.. cam rumah cerita-cerita hindi plak..

Belakang rumah...hee..hee tak cukup budget pasal habis duit buat rumah depan...

Kisah Suami, Isteri & Cermin

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pun bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni tak tau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari maknya..
Lepas berjumpa dengan mak nya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pun masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .

Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Kesimpulannya : Dua-dua ngengong..hehehee..


** Sebenarnye aku xde idea nak updatedssss.... ahaksss...

Saturday, July 18, 2009

Mesin Basuh Automatik


    • Washing Capacity: 11kg
    • Energy Saving - Standby Power Zero
    • Aquabeat Plus with Twin & Twin Scrub Washboard
    • Foam Wash
    • 10 Programmed Courses
Pagi tadi aku borak ngan mak aku.. pasal mesin basuh le.. die bising, kat umah die kat kajang xde mesin basuh.. die kata nak beli yang 10kg senang nak basuh toto. Pada pendapat aku plak, mak aku sorang, balik kesana pon 1 minggu sekali. macam rugi je aku rase.. aku pujuk die, hujung tahun aku beli mesin lain mak ambik le mesin nie.. tak payah le beli lain.. jimat duit.. (Aku memang berangan2 nak beli mesin basuh yang besar.. ade anak kecil nier, memanjang je kena basuh toto..)

Tapi idea mak aku plak laen.. Die nak belikan aku mesin tue, pastu die ambik aku punye... X sampai hati plak aku.. Die sibuk nak gi jusco, nak tengok mesin basuh.. aku dah hantar kan.. Disebabkan die x sempat2 aku nie x dapat le nak join same.. sebab banyak keje umah aku yang tak siap lagi.. Aku janji petang2 sket aku sampai..

Ni die baru kal aku, bagitau aku harga lagik.. 1,500.. Mahal nyer.. mampuih aku.. Tapi aku survey kat courts rege die 1,574... nanti aku p.k.. nak beli ke x..

Friday, July 17, 2009

Anak Rita dengan Aidil Zaquan

Bayi penyeri hidup yang diberi nama Airit Rayyan Rizqin itu seberat 2.9kg.

Rayyan dilahirkan pada 8 Julai 2009 di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bayi itu sempurna dan sihat.

Semoga kehadiran bayi comel itu akan menjadi jambatan penyambung ikatan yang bermasalah sejak awal ibu bapanya berkahwin.

Rita dan Aidil berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga Aidil.

Rahsia itu dibongkarkan hujung tahun lalu apabila Aidil memberitahu ahli keluarganya. Ekoran itu timbul kontroversi pasal hubungan dingin pasangan itu dengan keluarga.

"Kehadiran anak sulung ini diharap akan memberi lebih kebahagiaan kepada kehidupan kami sebagai suami isteri. Insya-Allah dalam apa sahaja keputusan yang akan dibuat, kepentingan Rayyan akan didahulukan," kata Rita kepada media yang melawatnya di hospital.


Korang rase maner yang paling kuat & seksi?

Aku terima email dari kawan ku di KDN.. kelakar pon ade bile tengok gambar2 nier.. Korang rasekan... dalam reramai ahli bina badan nie.. mane yang paling comei..seksi..kuat..mantap dan sebagai nye..

Yang 1st.. Dari Afrika..


2nd dari Sweden

3rd dari UK..

4th.. USA

yang last sekali wakil dari negara kite.. PEACE!!!

Aishah.. Selamat menjenguk..

Gambar agak kelabu sket.. I-shah berdiri paling kanan sekali

Aku baru dapat tau dari kak long aku dari kg.. anak sedara aku nie, nak tengok 'belog' yang selalu aku citer kat die...

Dah besor anak sedara aku dah.. rasenyer baru semalam, aku ngasuh die ketika mak die gi keje.. baru semalam aku memain ngan die.. Umo kiteorang ni x jauh dalam 9 tahun kot.. sebab tue le jadi kawan sepermainan.. teman bergaduh.. tapi bile die ngan abg die x blik umah mak aku.. aku jadi rindu..

Aku sayang kat die ngan abg die sebab diorang nie anak sedara yang 1st & 2nd.. Excited dapat anak sedara.. sekarang nie diorang dah potong ketinggian aku.. diorang lagi tinggi dari aku.. betapa terasa kerendangan pada diri aku nih.. hikkkksss...

Tahun nie I-shah akan menduduki SPM.. Good Luck I-shah.. Belajar elok2.. mak ngan ayah menaruh harapan pada ko... Jangan jadi macam 'busu' menyesal pon x guna..

Gook luck OK!!! Sayang ko!!!

Thursday, July 16, 2009

Makaroni bakar


Aku teringin nak wat makaroni bakar nie.. tapi xde oven.. huhuhuhu.. sedey.. ade x saper2 nak hadiahkan aku oven.. kalo ade tue.. pas2 le kat sini..

Bahan-bahan ( 5 )

  • 300gm macaroni
  • 250 gm daging cincang
  • 4 biji telor (pukul kembang)
  • 3 sudu rempah kari
  • 2 labu bawang besar
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • sedikit keju parut
  • minyak utk menumis & garam

Cara-cara

  • rebus makaroni hingga empuk & toskan
  • kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  • Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
  • Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
  • Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
  • Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}

Tag dari Ishah

I-shah, sori le lambat jawab. Aku BZ minggu lepas.. baru ari nie aku bukak belog ko..


1) Bila last kena marah?

Jumaat lepas

2) Kena marah dengan siapa? Letakkan nama penuh beliau.
Muhamad Bin Mat Hussin a.k.a Mr. M

3) Apa tindakan anda bila kena marah?
Diam jelah, sebab masa tue ckp dalam henpong.. lgpon member2 ramai kat sebelah..

4) Apakah perkataan pertama yang keluar selepas anda dimarahi?
X terkata2.. memang salah aku pong..

5) Antara bentes kaki dengan pijak kaki, mana pilihan anda jika anda dapati anda tidak bersalah?
dua2 x nak.. Laki aku ooo.. DERHAKA aku nanti!!

6) Rasanya, bila anda kena marah, anda akan lepaskan pada orang sekeliling kah? Atau siput tepi pasu? Atau pokok daun semalu?
Tengok pada keadaan..

7) Apakah ucapan anda kepada orang yang suka marah2?
tak tau nak cakap ape.. Sebab aku nie pon panas baran gak!! ahaks..

8) Senaraikan beberapa orang yang anda rasa boleh jawab tag ini.
Hafizah, nik, axieazie, azfalizaa, buyen N kak dilla

Mengantuk giler!!

Tak tau nape.. Ari ni ngantuk & sakit badan sesangat. Pagi td macam biase, bangun awal.. pastu bile siap je masak aku gi tido blik sampai pukul 6.55pg tido dalam 20 minit je.. sebab nak menghilangkan rase ngantuk. Nak ikutkan hati nak je tido sampai pukul 10.. tapi nanti tak gi keje lak aku..

Disebabkan berlakunya keadaan macam nie, weekend nie aku xde plan nak ke mana2.. aku nak tido sampai pukul 10pg.. Tp, macam boleh sebab pu3 aku 'Damia' mesti bangun awal.. Tension...

Caw le, xde idea nak taip lagik...

Wednesday, July 15, 2009

Eja dah nikah 10 tahun

Ambik Ko!!!! seb baik cepat ngaku.. kalo x org chop nak l**r n***h.. Sebenarnye ade gak dengar2 citer die dah kawin.. tp die x pernah pon nak bgtau kat wartawan. Sebab ade husband member aku dulu keje kat restoran kat Bangsar. aku x ingat ape name nyer, tapi fast food le.. die ade citer selalu nampak Eja ngan seorang lelaki berumur.. member aku ckp tu husband die.. Aku pon pernah jumpe Eja datang beli Samosa aku kat Cheras.. memula jumpa aku teruja gak..Masa tu Eja Pkai BMW warna maroon.. No plat die.. EJA 87.. Aku pon x bape ingat dah.. sebab dah lame..

Korang Bace Artikel nie... aku ambik dari Harian Metro..

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Selepas lebih 10 tahun berahsia, pelakon popular, Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, akhirnya tampil membuat pengakuan kepada Harian Metro, semalam, berhubung status dirinya yang sudah bergelar isteri kepada ahli korporat, Mohd Silahuddin Jamaluddin, 40-an.

Eja, 37, yang kini sarat mengandung tujuh bulan berkata, dia yakin sekarang masa tepat baginya berkongsi dengan peminat mengenai pelbagai cerita dan hal peribadinya.

“Sebenarnya bukan status saya dan suami yang menjadi masalah, sebaliknya saya ingin beritahu kepada peminat mengenai keadaan saya sekarang bagi mengelak fitnah kepada anak dalam kandungan ini.

“Pada masa sama, saya ingin tegaskan kepada peminat, saya berkahwin dengan suami (Silahuddin) selepas dia berstatus duda dengan dua anak. Justeru, gosip yang mendakwa saya isteri kedua dan menjadi punca perceraian dengan bekas isterinya yang juga wanita berketurunan Amerika-Australia tidak berasas sama sekali.

“Saya harap dengan penjelasan ini tidak timbul lagi cerita negatif mengenai rumah tangga saya dan orang juga tidak akan bertanya mengenai kisah peribadi saya,” katanya ketika menjayakan fotografi eksklusif bersama sisipan Harian Metro, Rap di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini, semalam.

Malah, kata Eja yang dikenali dalam drama bersiri Rindu Semakin Jauh, Mya Zara dan Seputih Qaseh Ramadan, hubungannya dengan dua anak tiri, Khatijah, 17, dan Shane Jacob, 13, juga akrab sampai sekarang.

“Kedua-dua anak tiri menerima saya dalam hidup mereka. Kini, Khatijah dan Shane sudah menuntut di Australia. Setiap kali pulang bercuti, mereka pasti mengunjungi kediaman kami di sini.

“Bila dapat tahu saya mengandung, mereka sangat gembira kerana bakal menerima kehadiran anggota baru dalam keluarga kami. Masing-masing berebut ingin memberikan nama kepada bayi yang bakal saya lahirkan September nanti,” katanya.

Ditanya kenapa dia berahsia selama ini, Eja berkata, sebenarnya dia tidak pernah menyorokkan status dirinya kepada peminat.

“Sebenarnya saya tak pernah menafi atau mengiyakan status saya sepanjang 12 tahun dalam industri seni. Cuma saya tidak bercerita kepada orang mengenai status sudah berkahwin kerana sudah menjadi prinsip saya sejak dulu untuk tidak bercerita hal peribadi berbanding kerjaya seni.

“Hakikatnya, saya dan suami juga seperti pasangan normal lain. Dia sentiasa menemani saya termasuk ke pasar malam.

“Namun, jika tindakan saya dianggap menyorokkan status dan hipokrit, saya sedia menerima kritikan orang. Jika apa yang saya lakukan menyinggung perasaan peminat dan mereka berasa tertipu dengan apa yang berlaku, saya juga memohon maaf,” katanya.

Damia Bangun Awal Pagi

Anak aku.. anak aku.. bukan main awal lagik bangun.. kadang2 tu same bangun ngan aku.. kadang2 jugak si kakak pon bangun sekali.. riuh rendah le umah aku tue.. wlaupon baru kul 5 pagi tapi dah macam 12 tgh hari.. diorang main2 sakan..

Pagi tadi Damia bangun dalam pukul 6 lebih.. agak lewat dari biase, Tapi seb baik le.. sempat aku masak & siapkan keje umah.. kemas2 umah.. bangun2 je terus buat kuih.. x pasal kena cuci bon*** die yang comei di awal pagi Shapie nie.. Lumrah jadi Ibu.. Bersabar dalam ape jua keadaan..

Tengok nie, muke bangun tido..



Walaupon baru bangun tido.. blum mandi lagik.. tapi tetap comei anak ibu nier.. ngangangaaaa.. sape lagi nak puji kalo bukan ibu die sendiri.. hik3.. Tak sabar nak tggu pukul 5.. nak jumpa pu3 aku..

Menu hari ini

Seperti biasa aku akan bangun seawal jam 5 pagi untuk menyiapkan makanan untuk suami, emak & pu3-pu3 aku.. Kadang2 aku jadi binggung nak masak ape.. xde idea, nak try lain2 resepi takut x jadi.. lagipon kalo nak try pon biar le weekend ke, sebab masa yang agak panjang..

Buat hari ini.. Ini je yang aku masak untuk santapan mereka2...

1) first.. masak air dulu!!!!


2) Masak Nasik Plak..

3) Goreng Sotong Untuk Pu3 aku

4) Sayur Kambas (name kat kampung aku, aku x tau le korang pannggil sayur nie ape)

5) Sambal Sotong... Macam Best je.. Lapau bile aku tengok nie... sabar2 tggu lepas berbuka..
2 pun kalo ade lagikk huhuhu.. minta2 le ade lagik!!

Penat gak jadik ibu & bini orang nie.. x chance nak bersantai2an.. memanjang ade keje je.. Hari2 bangun seawal mungkin.. lepas 2 tido plak paling lewat.. bile p.k kan balik, memang dah tanggungjawab aku & bile lagi nak tabur bakti.. x tau lagi, ntah esok..ntah lusa kite bleh mati.. Tp minta2 le umor aku nie panjang.. sampai aku bleh tengok anak2 aku nie membesar ke.. sampai ade cucu ke.. bleh gi Haji.. AMIN...

Tuesday, July 14, 2009

Ke'sunburn'an

Disebabkan pesta sukan weekend lepas, muka aku nie dah naik hitam... bile le nak pulih sediakala.. Nak gi wat facial, bg pulih.. mahal plak x mampu rase nyer.. biar le.. x lame pon rasenyer.. paling kuat pon 2-3 minggu je..

Hari ini plak kat opis td server down plak.. nak update blog pon x bleh.. nak chating lagi le x bleh.. Geram je nak pakai broadband... nanti le nak car
i gak, broadband murah2... ok le nak solat dulu.. chaw!!!

Sunday, July 12, 2009

Team Tarik Tali

Macam aku bgtau sebelum nie, aku masuk 'Game Tarik Tali' untuk S&K.. cube2 je, sebab sebelum nie aku x pernah pon berminat nak masuk game nie.. Tapi bile dah masuk best gak.. Macam ketagih je..

Aku disuruh jadi Pengemudi, pada hal aku tak tau pon nak wat macam aner... ape tugas die, sebab aku tak pernak main.. tak pelah, aku try jelah.. takut gak sebab diorang kater tempat yang aku dok ni bahaya.. bleh patah pinggang.. abih dah takde yang nak.. terpaksa le aku, diorang pon dok soh aku dok temput... nie Kes terpaksa le nie.. tapi nasib baik xde accident yang berlaku.. Puas aku berdoa...

Team Tarik Tali S&K
Kumpulan kami, menang baju je..
Inile dikatakan 'Kalah Bergaya'.. wakakakaka..

Bergambar sambil menunggu team lelaki..(pom2 girl) ahaks..

same seperti diatas

Izi (BKP), aku & Intan

Ready untuk tarik


Sehabis tenaga...

Tarik bagai nak terber**

Ready untuk kali kedua

sebaik habis tarik..

Kalah bergaya


x tau le ape si izi nie nak cakap

ketika nak masuk Gelanggang ngan si Hafni & Izi

Sekali lagi sehabis tenaga

Sokongan dari team lelaki



sorak semangat



Ketika di tolong oleh zamri untuk mengikat badan ku dengan tali

PEACE..

Peace lagik...

Pesta Sukan Perbendaharaan Ke-19, 2009

Semalam dan hari ni adalah Pesta Sukan Perbendaharaan bagi tahun 2009.. Aku dengan Rela hatinya telah menawarkan diri untuk menyertai Perbarisan dengan Tarik Tali.. Kalo masuk perbarisan dapat Track suit.. Ditaja dari hujung kaki sampai hujung rambut cume yang dalam2 je die x taja.. Best giler lah.. kalo dipanjangkan umo tahun depan pon nak Join.. InsyaAllah..

Aku rase best join pesta nie sebab menambahkan kenalan aku kat MOF nie.. secara x langsung kite jadi lebih rapat & akrab ok.. kalo sebelum nie ok2 je.. dapat2 lak dalam satu pasukan.. sebelum balik tue diorang siap pesan lagi, 'kalo jumpe kat kafe jangan lupe tegur'.. tue dah sememang2nya.. betapa best nye ade kawan yang ramai...

Korang nak tau.. Sektor Sistem dan Kawalan (S&K) juara perbarisan... Bangga giler.. best nyer.. korang tengok le, sweater, baju, suar track N topi sume free.. disponsor!!! cantik giler.. bile berbaris je, kiteorang punya paling lawa... (berlagak siut!!!) mane taknyer, kite nampak cantik je, seragam...

LEBIH LE nie... Hehehehe.. kepada yang tak berjaya tue, jangan mare wokey!!!

Bendera MOF diarak masuk ke padang

Abang2 askar.. tak tau le ape name nye

Telah berlaku sket kekecohan antara Kumpulan Pengurusan dengan Pinjaman Perumahan.. Gasak le korang..

Aku ngan Kak Noor yang cun (kalo kak nor bace nie.. harap bertendang!!)

member2 satu team

Lagi gambar beramai2

lagi..

sewaktu perbarisan (warna biru)
Berarak masuk ke padang
sebelum perbarisan

Lambaian topi kepada penonton

lagi sebelum perbarisan
* sori le korang, gambar tak teratur!!! dah x bleh nak adjust..
Google