Wednesday, July 22, 2009

Takziah

Semalam aku dikejutkan dengan pemergian adik kepada Penolong Akauntan (Liza) di bahagian aku. Aku dimaklumkan bahawa arwah baru melangsungkan perkahwinan pada 14.6.2009 maknenya baru sebulan lebih mendirikan rumah tangga. Arwah pergi akibat dari kemalangan jalan raya, tapi aku x diberitau secara detail.. Lagipon kakaknya masih bersedih dan tidak mampu untuk menceritakan kejadian lebih lanjut..

Isnin lepas plak, aku dikejutkan juga dengan pemergian Isteri X-Timbalan setiausaha bahagian (Dr. Mohd Isa). Difahamkan arwah menghidap cancer payudara tahap 3. Dan kuman cancer tue dah merebak ke otak.. (na'uzubillahminzalik, minta dijauhkan dari diri ku, adik beradikku & keturunan aku..)

Tapi tu le, Allah Maha Kaya.. Setiap kematian diberikan penyebab.. Tapi seperti yang telah dijanjikan setakat mana umur kite. Bile Ajal dah tiba tidak akan terlewat @ tercepat walaupun sesaat.. Bukan niat ku nak menunjukkan diri ku seorang yang baik@sempurna.. Tapi menjadi tanggungjawab kite untuk mengingatkan satu sama lain (umat Islam) tentang kematian.. Dan mengambil ikhtibar dari ape yang berlaku.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk Kedua-dua Arwah.. Moga-moga Roh mereka berada di kalangan orang beriman.. Amin..

AL-FATIHAH....

4 comments:

nik said...

al-fatihah kpd mereka2 yg telah meninggalkan kita...

doakan yg terbaik buat mereka 'di sana'...aminnnnn

p/s : ko xonline ke arini?ke invisible?

puterikurekure said...

al-fatihah.
risau kan..benda2 camni susah nak jangka.
hari ni tgk orang ni elok je, tetiba esoknya dah takde.

monamie said...

:( takziah. zila kim salam liza. hugs her for me! :(

a LoT oF LuV said...

nik : aku online je dari pg tadi

Puterikurekure : Itu le pasal, takutnya kalo dip.kkan.. nyawa kite nie macam telur dihujung tanduk.Bile2 masa je boleh diambil.

Kak mona : InsyaAllah, kalo die naik keje nanti zila sampaikan

Google